Buah
jering kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan badan. Hasil penelitian
menunjukkan bahawa jering kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin A, vitamin
B, fosfor, kalsium, alkaloid, minyak atsiri, steroid, glikosida, tanin, dan
saponin.
Kandungan
vitamin C pada 100 gram biji jering adalah 80 mg, sedangkan keperluan kita per
hari adalah 75 mg untuk wanita dewasa dan 90 mg untuk lelaki dewasa.
Jering memang terkenal di kalangan pengemar ulam. Di kalangan orang Melayu,
jering dipelbagikan penggunaannya dari buah muda hinggakan yang sudah
tua.
Jering
mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda kurang
menyukainya. Malah ia turut menyebab bau busuk pada najis lebih daripada biasa,
tetapi tidak seteruk kesan makan petai. Selain itu kesan makan jering juga
menyebabkan air kencing yang berbau hancing kuat.
Jering
yang dipilih untuk dijadikan ulam biasanya yang masih muda. Isinya lembut dan
mudah untuk dikenyah. Isu buahnya menjadi keras apabila semakin tua.
Jika
buah tua terus dibiarkan, ia akan merengkah atau terbuka yang menyebabkan
isinya terjatuh tetapi kulitnya, terutama bahagian tangkai akan terus kekal di
ranting atau dahan pokok. Mungkin itu sebabnya dikatakan peribahasa
tangkai jering.
Jering merupakan sumber protein yang baik, iaitu 23,3 g per 100 g bahan. Kadar
proteinnya jauh melebihi tempe yang selama ini dikenal sebagai sumber protein,
iaitu hanya 18,3 g per 100 g.
Keperluan
protein setiap individu tentu saja tidak sama. Selain untuk membantu
pertumbuhan dan pemeliharaan, protein juga berfungsi membangun enzim, hormon,
dan imunisasi tubuh.
Protein juga memberikan kesan menenangkan otak. Protein membantu otak bekerja
dengan cepat dalam menerima pesanan. Bagi anak-anak, protein sangat berperanan
untuk perkembangan tubuh dan sel otaknya. Pada orang dewasa, apabila terjadi
luka dan sebagainya, protein dapat memulihkan kembali sel-sel yang rosak.
Jering cukup kaya dengan zat besi, iaitu 4.7g per 100 g. Kekurangan zat besi
boleh menyebabkan anemia. Gejala-gejala orang yang mengalami anemia kekurangan
zat besi adalah lelah, lemah, pucat dan kurang ghairah, sakit kepala dan mudah
marah, tidak mampu berkonsentrasi, serta mudah terdedah terhadap infeksi.
Penderita anemia kronik menunjukkan bentuk kuku seperti sendok dan rapuh,
pecah-pecah pada sudut mulut, lidah sulit menelan.
Remaja, wanita hamil, ibu menyusui, orang dewasa, dan vegetarian adalah yang
paling berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi. Di dalam tubuh, zat besi
sebahagiannya terletak dalam sel-sel darah merah sebagai heme, suatu pigmen
yang mengandung inti sebuah atom besi.
Jering juga sangat baik bagi kesihatan tulang kerana tinggi kandungan kalsium,
iaitu 140 mg/ 100 g. peranan kalsium pada umumnya adalah untuk membantu
pembentukan tulang dan gigi, serta mengatur proses biologis dalam tubuh.
Keperluan kalsium terbesar adalah pada saat membesar, tetapi pada masa dewasa
penggunaan yang cukup sangat dianjurkan untuk memelihara kesihatan tulang.
Penggunaan
kalsium yang dianjurkan pada orang dewasa adalah 800 mg per hari. Kandungan
fosfor pada jering (166.7 mg/100 g) juga sangat penting untuk pembentukan
tulang dan gigi, serta untuk penyimpanan dan pengeluaran tenaga.
No comments:
Post a Comment