Kejadian
sumbang mahram menimbulkan ketakutan yang menggugat keamanan dalam institusi
keluarga. Fenomena ini memperlihatkan wujudnya kecacatan dalam keluarga di
mana hilang kasih sayang.
Lelaki
dalam keluarga yang sepatutnya menjaga keselamatan, kehormatan, maruah dan masa
depan ahli keluarga perempuan tidak boleh lagi diharapkan.
Berdasarkan
situasi sekarang, seperti tidak ada siapa lagi boleh dipercayai. Justeru,
pendekatan jangan terlalu percayakan kepada lelaki mula wujud dalam diri
sesetengah gadis.
Seseorang
bergelar bapa, tidak kira bapa kandung atau bapa tiri, sepatutnya menjadi orang
paling bertanggungjawab terhadap anak gadisnya.
Bapa
sepatutnya sanggup melakukan apa sahaja, hatta mengadaikan nyawa demi
keselamatan dan maruah anak gadisnya.
Sesungguhnya,
perbuatan bapa merogol anak adalah jenayah terkeji yang mengubah pandangan umum
terhadap kedudukan bapa.
Perbuatan
itu yang dilakukan sebilangan kecil bapa durjana telah mencemar kemuliaan bapa
pada pandangan seorang anak perempuan.
Rogol
mahram turut melibatkan abang, abang tiri, adik, adik tiri, bapa saudara, abang
atau adik ipar dan datuk.
Kejadian
rogol mahram memperlihatkan kerakusan nafsu serakah tanpa mengenal mangsanya.
Apabila nafsu tidak dikawal, akal fikiran tidak berfungsi lagi untuk membezakan
baik dan buruk.
Ketika
keinginan seks memuncak, soal halal haram tidak menjadi pertimbangan lagi.
Malah, mereka tidak kisah lagi kemungkinan dikenakan tindakan undang-undang
yang berat.
Anak
gadis dinodai mahram terpaksa melalui masa depan yang gelap. Pengalaman ngeri
itu bertukar kepada pelbagai situasi dan kesan yang berkekalan.
Mereka
memberontak sehingga tidak memperdulikan nasib diri sendiri. Mereka hidup dalam
keadaan tertekan dan memilih hidup bersendirian, pemarah, pendendam, pendiam
dan mengalami penderitaan hidup.
Banyak
mangsa di peringkat usia kanak-kanak tidak memahami takrif jenayah yang telah
dilakukan terhadap mereka. Penjenayah bijak menggunakan kejahilan mangsa
untuk menuntup perbuatan yang dilakukan.
Biasanya,
perogol mahram melakukan perbuatan terkutut itu berulang-ulang kali. Mangsa
tidak berani memberi tahu orang lain.
Nasib
malang itu biasanya terbongkar apabila dirinya mengandung, mengalami kecederaan
fizikal atau perubahan sikap yang ketara yang disedari orang lain.
No comments:
Post a Comment