Friday, 15 July 2022

CARA MENDAPAT AIR KELAPA MUDA

 
Air kelapa muda memang diminati ramai. Selain rasanya yang sedap, ia kaya dengan pelbagai mineral dan vitamin. Amati baik untuk kesihatan.

Untuk mendapatkan air kelapa muda pastinya dari buah kelapa muda. Kelapa muda perlu dipetik tanpa dilepaskan ke tanah, terutama dari pokok tinggi,  untuk mengelak ia pecah dan airnya tidak boleh diambil.

Kelapa muda biasanya diambil setandan terus apabila dipastikan ia sesuai untuk diambil air. Tandan diikat pada tali dan kemudian diturunkan perlahan-lahan.

Untuk mendapatkan air kelapa muda, buah kelapa itu perlu dibuang sabut mudanya di bahagian bawah atau atas (mengikut kesesuaian atau pengalaman) secara memotong serong. Perlu berhati-hati ketika memotong  atau membuang sabut muda itu tidak terus terpotong bahagian tempurung yang akan terus mengeluarkan air.

Setelah ‘banyak. bahagian tempurung terdedah (tanpa ditutupi sabut), baharulah bahagian tempurung itu dipotong yang akan membentuk lubang untuk mengeluarkan airnya.

Untuk mendapatkan isinya, perlu memotong bahagian tengah kelapa. Baharulah dapat mengambil isi kelapa muda dengan menggunakan sudu.


No comments:

Post a Comment