Friday, 22 July 2022

RESDUNG CEGAH SEBELUM PARAH

 
Resdung boleh membawa maut. Maka itu, pesakit resdung perlu mendapat rawatan segera. Jangan anggap mudah masalah resdung. Resdung atau sinusitis merujuk kepada penyakit berkaitan hidung yang disebabkan oleh radang pada membran (selaput nipis yang berliang) sinus.

Punca gejala resdung akibat jangkitan bakteria di hidung dan rongga. Resdung juga menjangkiti mana-mana bahagian badan. Sinus adalah rongga-rongga udara berada di dalam tulang muka, sekeliling hidung dan bahagian badan lain. Rongga pada bahagian muka bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil.

Biasanya lendir dihasilkan rongga pada bahagian hidung setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung. Jika aliran dari sinus tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnya kuman akan membiak dalam rongga sinus, yang menyebabkan penghasilan nanah yang busuk dan bengkak akan berlaku di dalam lapisan hidung.

Ramai beranggapan rawatan penyakit resdung mengakibatkan komplikasi kematian, malah tidak kurang juga yang mengatakan bahawa penyakit ini sebenarnya tidak dapat dirawat.

Penyakit resdung sememangnya merbahaya kepada mangsa yang dijangkiti. Kerapkali kita terdengar, ada pesakit yang tertanggal telinga, hidung atau botak kepala kerana serangan resdung yang serius.

Resdung merupakan sejenis penyakit yang merebak secara senyap. Dan apabila pesakit itu menyedari bahayanya, mungkin ia sudah terlambat.

 Mereka yang berisiko:
-  Alah kepada habuk, debu dan asap
-  Alah kepada makanan laut
-  Mempunyai ketumbuhan dalam hidung
-  Mempunyai dinding pemisah hidung yang bengkok
-  Mempunyai dinding hidung yang besar

Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi yang serius kepada kank-kanak dan orang dewasa.

Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.

Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia tersumbat.

Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40%.

No comments:

Post a Comment