Memang tak boleh dinafikan lagi tumit
tinggi atau stiletto dapat merubah penampilan si pemakai. Lantas, tidak hairan
ia menjadi aksesori pelengkap diri yang digemari jutaan wanita. Namun, ada
kesan kemudaratannya pada tubuh badan.
Ia dapat membuat si pemakai kelihatan lebih
tinggi! Kaki pula tampil lebih panjang, seksi, berbentuk cantik dan tirus.
Lantas, tak hairan lah jika jutaan wanita di seluruh dunia gemar menyarungkan
tumit tinggi dan menjadikannya sebagai aksesori pelengkap diri.
Ada juga yang sanggup berbelanja besar
membeli kasut berjenama walaupun harus menahan kesakitan pada kaki dengan
senyuman. Tapi, jika kaki melecet, bolehkah anda melangkah dengan yakin dalam
kesakitan?
Berjalan dengan tumit tinggi dapat mengubah
mekanikal tubuh kerana ia harus mengimbangi diri daripada terjatuh. Walaupun ia
memberikan figura seksi, terdapat pelbagai padah yang harus ditanggung atau
menanti si pemakai. Ini termasuklah kesan pada struktur pinggul dan juga tulang
belakang.
Menurut beberapa kajian, wanita muda yang
sering bertumit tinggi melebihi 40 jam dalam seminggu akan menunjukkan cara
atau gaya berjalan yang berbeza-beza jika dibandingkan dengan mereka yang
langsung tidak memakai tumit tinggi.
Tanpa mereka sedari, gaya berjalan tersebut
akan kekal dalam diri mereka walaupun mereka tidak memakainya kerana dalam diam
terdapat kecederaan yang mereka alami.
Jadi, cara selamat pakai kasut tumit tinggi
ialah jangan melebihi 40 jam dalam seminggu. Pakai kasut tumit tinggi hanya
untuk majlis tertentu sahaja. Seeloknya tidak melebihi dua jam sehari. Lebih selamat dan baik lagi jika tidak memakai kasut tumit tinggi.
Kesan buruk penggunaan kasut tumit tinggi:
- Masalah kesihatan pada kaki dan
keseluruhan badan.
- Menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
- Boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala.
- Mengganggu kitaran haid yang membawa
kepada masalah kesuburan.
- Tendon achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.
- Meletakkan tekanan berlebihan pada lutut iaitu kes biasa osteoporosis.
- Masalah neuroma akibat sarat ditekan
sehingga tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan.
- Berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah
dan menyakitkan.
- Pergelangan kaki terseliuh di bahagian buku lali kerana sukar mengimbang
badan.
- Ibu jari kaki masuk ke dalam ke arah jari
kedua mengakibatkan benjolan pada bahagian luar kaki di sebelah ibu jari kaki
- Pemakaian kasut tumit tinggi yang bertutup di hadapan dan runcing menyebabkan
darah tidak dapat bergerak dengan betul.
- Betis memendek dan tegang.
- Kerap mengalami kekejangan dan sakit di
bahagian tumit.
- Kulit pada bahagian kaki mengeras.
- Kesakitan lutut menyebabkan badan tidak stabil.
- Saraf bengkak/menebal pada bola kaki iaitu morton’s neuroma.
- Pembesaran tulang di belakang tumit
(kecacatan haglund).
- Jari bengkok (claw hammer)
- Sakit tulang belakang.
- Pinggul condong ke depan dan menambahkan
lengkungan pada tulang belakang.
- Bahaya untuk wanita mengandung.
- Selain itu, pemakaian kasut tumit tinggi sudah pasti mengubah cara seseorang
wanita yang hamil berjalan.
No comments:
Post a Comment