Tuesday 1 November 2022

GUNA MEDIUM TEKNOLOGI MAKLUMAT UNTUK KEBAIKAN

 
Medium teknologi maklumat seperti media sosial dimanfaatkan oleh rakyat ke arah kebaikan. Melaluinya, kita memperoleh maklumat kini hanya di hujung jari dengan hanya satu klik info dicari mudah didapati.
 
Dunia hari ini menyediakan platform secara percuma untuk kita berinteraksi dengan mudah dan cepat melalui aplikasi Facebook, Twitter, Tiktok, Instagram, Telegram, Youtube dan sebagainya.
 
Dengan era 5G yang semakin laju dan luas liputannya maka media sosial akan semakin mudah diakses di mana sahaja dan mudah juga untuk dimuat naik bahan-bahan yang bermanfaat untuk dikongsi bersama pelayar yang lain.
 
Bersama kita manfaatkan media sosial untuk kebaikan supaya menjadi saham pahala di akhirat dan elakkan dari menabur fitnah dan berkongsi info palsu di media sosial sehingga mengancam keselamatan dan menjadi saham dosa yang boleh menjauhkan kita dari rahmat Allah Taala.
 
Kini semua menggunakan media sosial untuk memudahkan penyampaian yang lebih tepat dan berkesan, orang muda kebanyakannya adalah sangat obses dengan aplikasi media sosial terutama Tiktok kerana menyediakan pelbagai bahan menarik dan penuh informasi termasuk kuliah agama dan motivasi.
 
Penggunaan platform ini  guna digunakan untuk menyebarkan maklumat perniagaan dan politik dalam memberikan maklumat kepada penonton sasaran.

No comments:

Post a Comment