Tuesday 3 January 2023

JAWATANKUASA TATATERTIB KUMPULAN WHATSAPP

 
WhatsApp bukan sahaja memudahkan penghantaran teks, gambar, rakaman suara, video dan panggilan di antara dua individu, malah satu kemudahan yang lebih popular dan paling banyak digunakan ialah ia melibatkan sekumpulan individu melalui kumpulan WhatsApp.
 
Kumpulan WhatsApp melibatkan sekurang-kurang dua nombor telefon dan kini jumlahnya telah ditambah kepada lebih 1,000 nombor berbanding hanya 50 nombor pada peringkat awal dan ditingkatkan bilangannya beberapa kali sehingga lebih 1,000 nombor sekarang dan mungkin ditambah lagi pada masa akan datang.
 
Kumpulan WhatsApp biasanya ditubuhkan melibatkan ahli keluarga, rakan sekerja, rakan sekolah, minat yang sama dan sebagainya.
 
Kumpulan WhatsApp boleh ditubuhkan oleh sesiapa yang telah memuat naik aplikasi WhatsApp dan boleh memasukkan nombor lain yang juga telah memuat naik aplikasi yang sama.
 
Nombor yang menubuhkan kumpulan secara automtik menjadi pentadbir kumpulan yang boleh menambah ahli lain dan mengeluarkan ahli, selain menetapkan beberapa peraturan berkaitan. Ahli lain boleh dilantik menjadi pentadbir dan tidak had bilangan pentadbir untuk setiap kumpulan.
 
Sudah menjadi adat berkomunikasi dalam kumpulan, tentu sahaja ada yang tidak sehaluan atau sependapat berkaitan perkara yang dihantar dalam kumpulan.
 
Sebab itu ada kumpulan WhatsApp yang menubuhkan Jawatankuasa Tatatertib untuk menguruskan ahli-ahli yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
 
Ada pendapat mengatakan itu cara yang paling baik. Tidak kurang juga mengatakan tidak perlu. Jika ada ahli kumpulan yang membuat kiriman yang tidak sewajarnya, kiriman itu boleh dipadamkan oleh pengurusan kumpulan.
 
Kalau masih berterusan membuat kiriman tidak sewajarnya, boleh sahaja dibuang keahlian. Bukan ada keahlian atau pendaftaran untuk menjadi ahli kumpulan WhatsApp. Bukan macam ahli persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan.
 
Jika ada yang melakukan perbuatan mengirim sesuatu yang tidak wajar itu adalah pentadbir kumpulan yang tidak boleh dibuang dari kumpulan, biarkan dia berbuat demikian sebagai syok sendiri sahaja.
 
Kalau sudah keterlaluan, boleh sahaja tinggalkan kumpulan. Tubuh kumpulan baharu. Hendak tubuhkan kumpulan WhatsApp tidak seperti pertubuhan berdaftar yang memerlukan jawtankuasa penaja, kena buat peraturan dan seterusnya mendaftarkan dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan.
 
Itu pendapat atau alasan mereka yang mengatakan tidak perlu diwujudkan Jawatankuasa Tatatertib Kumpulan WhatsApp.

No comments:

Post a Comment