Tuesday 25 July 2023

MANFAATKAN RUMPUT SEBAGAI MAKANAN TERNAKAN

 
Di negara kita banyak jenis rumput tumbuh meliar secara semula jadi. Rumput yang tumbuh subur itu dikira rumpai yang menyemak mata memandang. Perlu dibersikan agar kawasan nampak cantik dan tidak menjadi tempat pembiakan haiwan tidak diingini seperti ular.
 
Sebenarnya, rumput yang tumbuh itu memberi manfaat jika digunakan pada tempatnya. Setiap ciptaan Allah ada manfaatnya.
 
Salah satu manfaat atau kegunaan rumput ialah boleh dijadikan makanan haiwan ruminan seperti lembu, kerbau, kibas, kambing dan kambing biri-biri.
 
Kawasan yang tumbuh dengan rumput boleh dijadikan padang ragut. Atau rumput itu disabit atau dimesin dan kemudian ia dijadikan makanan kepada haiwan ternakan.
 
Seharusnya, apa-apa sumber yang ada di sekeliling kita perlu dimanfaatkan. Kalau di kawasan padang pasir atau pergunungan yang kurang sumber makanan seperti rumput masih ada aktiviti penternakan, mengapa pula di negara kita yang rumput tumbuh dengan subur tidak diambil peluang untuk aktiviti penternakan haiwan ruminan.
 
Jangan biarkan apa yang ada di sekeliling itu menjadi masalah, sebaliknya ambillah peluang untuk dijadikan wang.

No comments:

Post a Comment