Friday 15 September 2023

MAHKAMAH BAHARU BACHOK, KELANTAN

 
Pembinaan bangunan baharu untuk Mahkamah Bachok, Kelantan bakal menjadi kenyataan apabila Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan perlantikan Pegawai Penguasa kepada Pengarah JKR Kelantan telah berlangsung di Ibu Pejabat JKR Malaysia yang disempurnakan oleh Menteri Kerjaraya Malaysia, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi pada 14 September 2023.
 
Projek bangunan baharu Mahkamah Bachok dengan kos lebih RM40 juta dibina di kawasan seluas 1.2 hektar.
 
Pembinaan bangunan baharu itu bagi menggantikan bangunan sedia ada yang sudah berusia lebih 40 tahun.
 
Bangunan mahkamah Bachok yang ada sekarang sebenarnya adalah bangunan kuarters Pejabat Tanah Bachok yang diubah suai dan kini tidak lagi mampu menampung keperluan semasa.
 
Pembinaan mahkamah baharu itu akan memberi keselesaan kepada kakitangan mahkamah, peguam dan orang awam yang akan menggunakan kemudahan infrastruktur berkenaan kelak.
 
Ini juga dapat menambah baik prasarana badan kehakiman negara serta memastikan penyampaian perkhidmatan berkualiti dalam bidang kehakiman dan perundangan kepada rakyat, 
 
Catatan – nama tempat bakal dibina Mahkamah Bachok tidak dapat dinyatakan.

No comments:

Post a Comment