Saturday 2 September 2023

MANFAAT UBI JAGA TINGKATKAN TENAGA

 
Ubi jaga adalah merupakan sejenis herba dari keluarga Smilacaceae yang kini semakin popular dan telah ditanam secara komersil. Ubi jaga yang dipercayai mempunyai lebih daripada 200 spesis didakwa sebagai tumbuhan asli atau natif di Malaysia, Thailand dan Indonesia.
 
Ubi jaga herba tradisional kaya khasiat dan banyak kebaikan. Ubi jaga tumbuh liar di hutan Malaysia mempunyai batang mudah lentur. 
 
Tumbuhan ini juga dahulunya hanya tumbuh liar di dalam hutan belukar yang kurang dikenali kecuali oleh mereka yang berminat untuk mencarinya bagi tujuan perubatan dan makanan kesihatan.
 
Ubi jaga mempunyai rasa yang sedikit masam dan kelat memang sudah lama digunakan dalam perubatan tradisional. Umbisi herba ubi jaga juga mempunyai banyak nama lain seperti ding, itah besi, akar ali, akar tanding, kerating, ubi besi, dedawai berisi, sedawai, caring, ali bertinggung, akar dedingin, akar restong, keleh, manto dan maso.
 
Ubi jaga tumbuh dengan menghasilkan batang yang memanjat dengan halus tetapi panjang seperti dawai dengan kulit batangnya licin.
 
Benih ubi jaga menggunakan rizom ubi jaga dewasa yang dipotong. Rizom ini dipastikan mempunyai mata tunas. Ada juga yang menanam dengan menggunakan keratan batang yang disemai dahulu dalam tapak semaian sehingga ia mengeluarkan akar dan tunas daun.
 
Daun ubi jaga berwarna hijau gelap di permukaan dan hijau muda di bawah daun. Ubi jaga tidak memerlukan cahaya matahari yang terik untuk tumbesaran. Dalam keadaan semula jadi, ubi jaga tubuh di kawasan hutan yang redup.
 
Sebab itu, jika menanam ubi jaga perlu diletakkan di bawah teduhan. Ubi jaga memerlukan tanah yang lembab, kaya dengan humus dan bersaliran baik.
 
Ubi jaga digunakan secara tradisional sebagai ubat herba untuk menguatkan tenaga lelaki. Ia juga dijadikan tonik umum untuk meningkatkan metabolisme badan dan kekuatan fizikal
 
Ubi jaga akan membantu meningkatkan keinginan seksual, meningkatkan sensitiviti, menguatkan ereksi dan membolehkan lelaki semua peringkat umur untuk menikmati seks lebih kerap dan lebih tahan lama.
 
Manfaat ini juga termasuk kesan penstabilan mood, promosi tahap tekanan darah yang sihat dan peningkatan tahap tenaga. Ini pasti akan menyumbang untuk prestasi yang hebat di ranjang. Ia dikatakan lebih hebat berbanding tongkat ali yang sudah lama terkenal di kalangan rakyat Malaysia.
 
Memandangkan ubi jaga lebih sukar diperoleh berbanding tongkat ali, sedangkan permintaan terhadapnya tinggi, harga ubi jaga boleh dianggap “mahal” mencecah RM200 sekilogram.
 
Sains perubatan kini mula menyedari khasiat dan kebaikan herba ini. Banyak produk berasaskan ubi jaga kini berada di pasaran.

No comments:

Post a Comment