Monday 19 February 2024

RINDUNYA BILAL KEPADA RASULULLAH

 
Selepas wafatnya Rasulullah SAW,Bilal bin Rabah telah meminta izin daripada Khalifah Abu Bakar untuk meninggalkan Madinah. Abu Bakar telah memberi izin kepada Bilal untuk meninggalkan Madinah.
 
Sebelum meninggalkan Madinah ditatapinya buat kali terakhir kota Madinah di mana satu masa dulu dia dan Rasulullah SAW berkongsi suka dan duka.
 
Bilal menetap bersama keluarganya di Syria. Sungguh sukar bagi Bilal untuk melupakan kenangan bersama Rasulullah SAW. Sekian lamanya Bilal menetap di Syria, satu hari Rasulullah SAW muncul di dalam mimpinya
 
"Wahai Bilal keras sungguh hatimu. Kenapa engkau tidak menziarahi aku", kedengaran suara di dalam minpi itu. Lantas Bilal terjaga dari tidurnya dengan deraian air mata, sehingga seluruh keluarganya terbangun.
 
Bilal menceritakan kepada ahli keluarganya apa yang terjadi. Lalu, ahli keluarganya menyuruh Bilal menziarahi makam Rasulullah SAW.
 
Semasa Bilal dalam perjalanan menuju Madinah, air matanya tidak henti-henti mengalir. Dia tidak berhenti di mana-mana agar cepat sampai di Madinah.
 
Setelah beberapa hari perjalanan, Bilal sampai di makam Rasulullah SAW, lantas memberi salam "Asalamualaika ya Rasulullah". Air matanya terus mengalir.
 
Tiba-tiba datang Abu Bakar memeluk Bilal dari belakang untuk menenangkan Bilal, sehingga reda tangisan Bilal.
 
“Bilal,alang-alang  kamu sudah berada di sini laungkanlah azan untuk kami”, rayu Abu Bakar.
 
“Tidak wahai amirul mukminin”, jawab Bilal.
 
“Laungkanlah azan. Kami rindu akan suara kamu”, pinta Umar yang turut berada di situ.
 
Bilal tetap mengelangkan kepala.
 
Tiba-tiba datanglah dua orang cucu kesayangan Rasulullah iaitu Hassan dan Husin.
 
"Pak cik Bilal, laungkanlah azan sebagai mana pak cik laungkannya pada masa datuk kami masih ada”, salah seorang cucu Rasulullah.
 
Dipeluknya kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah itu lantas diciumnya. Sebentar tadi aku baru menolak permintaan Khalifah dan permintaan Umar, aku takut untuk menolak permintaan kamu berdua, aku takut nanti Rasulullah akan menolak permintaan aku.
 
Bilal naik ke atas menara, d tatapinya satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah sambil air matanya mengalir laju.
 
Allahu Akbar, Allahuakbar..
Terdiam seluruh penduduk kota Madinah mendengar alunan suara azan tersebut. Suasana penduduk kota Madinah masa itu sangat terkejut.
 
Asyhadu ala ila haa illallah
 
Tangisan penduduk kota Madinah kian pilu. Mereka terkenangkan saat mereka bersama Rasulullah, Abu Bakar, Umar dan para sahabat lain. Penduduk Madinah menitiskan air mata.kerinduan pada suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yang tercatat sebagai sejarah buat umat akhir zaman.
 
Asyhadu anna Muhammad Rasulullah.
 
Terus Bilal tersungkur tidak dapat meneruskan azannya lagi, lantas disambut oleh Abu Bakar dan Umar. "Mengapa Bilal?, tanya kedua-duanya serentak.
 
“Waktu tengah azan tadi sehingga aku menyebut nama kekasih ku, aku seakan-akan terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita”, ujar Bilal.
 
Aku rindu Rasulullah.
Aku rindu Rasulullah.
Aku rindu Rasulullah.
 
Berlenangan air mata para sahabat dan penduduk kota Madinah apabila tukang azan Rasulullah pulang ke kota Madinah untuk mengubati kerinduannya kepada Junjungan Besar Muhammad SAW.
 
Jika kita rindu kepada Rasulullah SAW, berselawatlah kepada baginda.

No comments:

Post a Comment