Roslan Ismail sibuk mencari penyumbang atau
bantuan untuk membeli baju dan keperluan persekolah. Baju dan keperluan sekolah
itu bukan untuk anaknya. Dia tidak ada anak. Tetapi, dia berusaha bersungguh-sungguh
untuk mendapatkan wang, baju atau keperluan persekolahan untuk membantu pelajar
di kepulauan delta Sungai Kelantan, Tumpat.
Roslan atau lebih dikenali Abe Lan Pulau
Seratus, adalah insan kategori orang kelainan upaya (OKU). Biarpun berstuatus
OKU, Roslan insan hebat. Dia adalah aktivis kemasyarakatan dan kesukarelaan
tegar yang menyumbang bakti untuk kebaikan dan kesenangan orang lain.
Dia yang terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelaan apabila mula terlibat dengan aktiviti belia melalui persatuan belia dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat secara langsung dalam aktiviti kemasyaraktan dan kesukarelaan.
Bermula sejak lebih 30 tahun lalu, Roslan tidak jemu-jemu untuk terus membantu orang lain sebaik mungkin biarpun dalam keadaan keupayaan yang terbatas.
Semangat kesukarelawan dan kemasyarakatan Roslan membantu penduduk diiktiraf melalui pelbagai anugerah. Anugerah terbaharu diterima adalah Tokoh OKU Parlimen Tumpat 2022.
Selain Tokoh OKU Parlimen Tumpat 2022, beliau telah menerima Anugerah Rakan JobsMalaysia Terbaik (2016, 2017) disampaikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak,
Senarai anugerah lain diterima Roslan;
- Anugerah Tokoh Aktivis Belia Kelantan 2021
- Anugerah Kelab Nadi Bangsa (1996)
- Anugerah Sukarelawan YOKUK (2000)
- Dilantik rakan komuniti JPN Negeri Kelantan oleh Ketua Pengarah JPN (2018)
- Anugerah Belia Kelantan (2019)
- Menjalani umrah Bersamamu TV3 (2016)
Jadi, tidak hairan jika ada pemimpin datang atau aktiviti di kepulauan, Roslan akan dijemput bersama atau dilibatkan untuk menjayakannya. Dia menjadi ikon penduduk pulau.

Roslan tidak mampu berjalan akibat
mengidapai polio semasa kecil akan bergerak dari satu pulau ke satu pulau
dengan menggunakan ATV ataupun motosikal roda tiga, selain menggunakan bot dari
jeti ke jeti.
Untuk membantu penduduk pulau, dia sering
mendapat kepercayaan penyumbang yang menyalurkan bantuan melaluinya. Wang dan
barang keperluan yang disumbangkan oleh individu dan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) akan diagihkan kepada penerima dengan sebaiknya.
Roslan yang sudah lama melakukan aktiviti
kemasyarakatan tidak menghadapi masalah untuk mengenal pasti individu yang
layak. Boleh dikatakan setiap lorong dan rumah di kawasan pulauan itu
diketahuinya.
Dia tahu status setiap ketua isi rumah mana
yang perlu dibantu atau sebaliknya. Jadi, tidak timbul soal untuk memilih
penyumbang.
Beliau akan pergi sendiri ke rumah penduduk
kampung, atau jika tidak berkesempatan, akan meminta penerima datang ke rumahnya.
Begitulah insan hebat yang bertekad akan
terus menyumbang bakti kepada penduduk kepulauan dan sesiapa sahaja yang mampu
dibantu.
No comments:
Post a Comment