Monday 25 March 2024

KENDERAAN TEMPUR BERPERISAI INFANTRI

 
Kenderaan tempur berperisai (armoured fighting vehicle atau AFV) merupakan sejenis kenderaan tentera yang dilindungi oleh perisai dan dilengkapi dengan senjata. AFV boleh terdiri daripada jenis beroda ataupun berunut (tayar rantai besar).
 
Kenderaan tempur berperisai dikelaskan mengikut peranannya di medan peperangan dan ciri-ciri. Pengelasan ini tidak tetap; pada masa dan negara berlainan, kenderaan yang sama akan dikelaskan di dalam peranan yang berbeza.
 
Sebagai contoh, pengangkut anggota berperisai (APC) secara umumnya akan digantikan oleh kenderaan tempur infantri (IFV) dalam peranan yang hampir sama, tetapi IFV kurang keupayaan jika dibandingkan dengan APC. APC digunakan bertujuan untuk mengangkut anggota infantri dengan pantas dan selamat ke tempat di mana mereka akan diatur gerak.
 
Kereta berperisai ketenteraan merupakan sejenis kenderaan beroda berperisai, lebih ringan berbanding kenderaan ketenteraan berperisai yang lain, dilengkapi dengan perisai dan/ atau senjata pertahanan diri bagi melindungi krewnya. Kenderaan ketenteraan beroda berbilang gandar yang lain boleh jadi agak besar dan sebenarnya lebih superior berbanding beberapa kenderaan berunut yang lebih kecil dari segi perisai dan persenjataan.
 
Kenderaan tempur infantri (IFV) merupakan sejenis pengangkut anggota berperisai yang mana membolehkan infantri untuk berperang dari dalamnya, dan boleh memberi bantuan tembakan yang penting.
 
IFV moden merupakan sejenis pengangkut yang dipersenjatai secukupnya dan membenarkan infantri di dalamnya bertempur dari dalam. Berdasarkan persenjataan beratnya yang membolehkan IFV memberi bantuan tembakan terus semasa serbuan, tapak tembakan membolehkan infantri untuk menembak menggunakan senjata persendirian.
 
IFV juga biasanya dilengkapi dengan selaras meriam automatik berkaliber 20mm atau lebih, dan kemungkinan dengan peluru berpandu antikereta kebal. IFV juga biasanya dipasang dengan runut, akan tetapi kenderaan jenis beroda mungkin terdapat di dalam kategori ini.
 
IFV yang dipasang khusus telah mengambil alih beberapa peranan atau tugas kereta kebal ringan; ia digunakan di dalam tugas-tugas pengawasan, dan IFV ringan boleh digunakan oleh unit-unit udara yang mana harus mampu untuk bertempur tanpa kuasa tembak tinggi yang diberikan oleh kereta kebal.

Gambar - Tarantula kenderaan tempur berperisai infantri buatan Malaysia

No comments:

Post a Comment