
Perjalanan menaiki kereta api paling lama di dunia, mengambil masa selama 21 hari. Ia melibatkan perjalanan sejauh 18,755 kilometer melalui 13 buah negara di benua Eropah dan Asia.
Menariknya laluan
itu turut menyenarikan Malaysia sebagai salah satu negara dalam laluan tersebut. Perjalanan ini boleh dimulai
dari Lagos, di wilayah Algarve,
Portugal hingga berakhir di Singapura, atau sebaliknya.
Bermula di Portugal, kemudian memasuki Sepanyol,
seterusnya melalui Perancis, Jerman, Poland, Belarus, Rusia, Mongolia, China,
Laos, Thailand, Malaysia dan terakhir Singapura.
Perjalanan itu bukan
menggunakan perkhidmatan satu syarikat kereta api sahaja, tetapi adalah
perjalanan bersambung. Justeru, jika tidak kena masa untuk menyambung perjalanan,
masa yang diambil mungkin melebihi 21 hari.
Dengan kata lain, pengembara yang ingin
menikmati pengalaman perjalanan itu perlu bersedia untuk menambah tempoh
perjalanan dan tentunya kewangan.
Namun, satu perkara yang pastinya dinikmati
ialah pengalaman amat berharga bukan sahaja dapat melihat pemandangan di
sepanjang laluan yang berbeza-beza, juga keadaan budaya dan iklim yang tidak
sama.
Gambar sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment