Thursday, 12 December 2024

SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR MELALUI PEMIMPIN SETEMPAT

 
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Kelantan akan terus bekerjasama dengan pemimpin setempat untuk menyalurkan bantuan pascabanjir kepada penduduk yang terlibat.

Menurut timbalan pengerusinya, Mohd Rozi Mohd Noor, kerjasama dengan pemimpin setempat dapat mengenal pasti mangsa, kerana mereka mempunyai senarai nama yang lengkap dan mengetahui keadaan sebenar semasa banjir.

“Bantuan diserahkan sendiri oleh sukarelawan BSMM Negeri Kelantan kepada ketua isi keluarga mangsa banjir berdasarkan kepada senarai nama dibekalkan pemimpin setempat,”  jelas Rozi ketika ditemui mengetuai sukarelawan menyerahkan bantuan kepada penduduk di Pulau Haji Nik Mat.

Menurutnya, biarpun banjir telah pulih sepenuhnya, namun mangsa yang terkesan masih belum sepenuh dapat hidup secara normal seperti sebelum musibah banjir melanda. Bahkan penduduk pulau yang majoriti menjadi nelayan masih belum turun ke laut untuk mencari rezeki.

Tambahnya lagi, bantuan yang diserahkan kepada mangsa banjir adalah sumbangan daripada Nastle, Marry Brown, Guardian, Ecoshop dan pihak swasta lain serta orang perseorangan. BSMM Negeri Kelantan bertindak sebagai penyelaras agihan dengan kerjasama pemimpin setempat.

“Terima kasih kepada penyumbang, serta seluruh sukarelawan yang telah 16 hari mendedikasikan sepenuh tenaga membantu mangsa banjir,” ujarnya lagi. 

Mohd Rozi Mohd Noor


No comments:

Post a Comment