Resdung di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, boleh menyebabkan mata menjadi buta.
Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.
Penyakit resdung amat berbahaya kepada
mangsa yang dijangkiti. Kerap kali kita terdengar, ada pesakit yang tertanggal
telinga, hidung atau botak kepalanya kerana serangan resdung.
Resdung merupakan sejenis penyakit yang merebak secara senyap. Dan apabila
pesakit itu menyedari bahayanya, mungkin ia sudah terlambat.
Resdung yang tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi yang serius kepada kanak-kanak dan orang dewasa.
Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal
tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak.
Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk
dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia tersumbat.
Doktor mungkin mengesyorkan rawatan untuk membantu melegakan gejala resdung, termasuk:
- Semburan hidung dengan air garam komersial, untuk disemburkan ke dalam hidung anda beberapa kali sehari untuk membilas saluran hidung.
- Ubat semburan kortikosteroid (steroid) hidung. Semburan hidung ini membantu mencegah dan merawat keradangan hidung. Contohnya termasuk fluticasone, budesonide, mometasone dan beclomethasone.
- Dekongestan hidung: Ubat-ubatan ini boleh didapati dalam bentuk cairan, tablet dan semburan hidung. Gunakan dekongestan hidung hanya untuk beberapa hari sahaja (5 hari). Jika tidak, ia mungkin boleh menyebabkan pengembalian kesesakan hidung yang lebih teruk.
- Ubat tahan sakit, seperti paracetamol, ibuprofen dan lain-lain.
Penyakit resdung tidak boleh dipandang mudah. Rawatan berterusan dan jika perlu, rujuk kepada pakar untuk mendapat kaedah rawatan yang betul-betul berkesan. Sikap menganggap resdung penyakit biasa akan menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk dan sukar untuk dirawat.
No comments:
Post a Comment