Saturday, 4 January 2025

JERING RELUNG

 
Jering relung dihasilkan dengan kaedah menanam biji jering matang atau agak tua di dalam pasir sehingga tunasnya mula bercambah. Setelah tunasnya bercambah, biji jering boleh digali dan dibersihkan untuk dimakan sebagai ulam.
 
Proses membuat jering relung ini adalah untuk mengurangkan bau dan melembutkan tekstur isi buah jering. Jering relung boleh dibiarkan berada di dalam pasir sehingga anak pokok jering mula tumbuh.
 
Mengamalkan memakan jering memang mendatangkan banyak kebaikan dari segi kesihatan, tetapi yang paling menarik ialah kesan yang dihasilkan pada kanser dan tumor.
 
Buah jering mampu berfungsi melawan sel kanser. Sebuah organisasi telah melakukan lebih 20 ujian makmal yang dilakukan sejak tahun 1970, terungkap bahawa buah jering mampu menghancurkan sel kanser seperti kanser usus, kanser payudara, prostat, paru-paru dan pankreas. 

Menariknya, buah jering hanya menghancurkan sel-sel jahat dan tidak tidak mengganggu sel-sel sihat.

No comments:

Post a Comment