Saturday 25 May 2024

KUNAK SEMAKIN PESAT MEMBANGUN DI PANTAI TIMUR SABAH

 
Kunak adalah sebuah bandar yang terletak di pantai timur Sabah. Ia dahulunya merupakan sebuah mukim yang ditadbir di bawah Pejabat Daerah Lahad Datu, tetapi mencapai statusnya sebagai daerah penuh pada 1 Jun 1981. Kunak adalah daerah yang termasuk dalam Bahagian Tawau. Jaraknya dari bandar Tawau kira-kira kira-kira 82 kilometer.
 
Kunak yang berkeluasan kira-kira 1130 km persegi mempunyai jumlah bilangan penduduk sekitar 70 ribu orang yang mana 95% daripada penduduknya adalah beragama Islam dan terdiri dari suku kaum Bajau, Bugis, Suluk dan lain-lain lagi.
 
Terdapat juga kaum Cina yang tinggal di Kunak dan sebahagian besar menjadi peniaga. Terdapat Sekolah Rendah Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (Cina) di Kunak selain sekolah kebangsaan dan sekolah menangah kebangsaan.
 
Kebanyakkan penduduk di daerah Kunak menjalankan aktiviti perikanan kerana daerah Kunak merupakan salah satu daerah yang kaya dengan sumber marin seperti ikan, udang dan rumpai laut. Selain itu, aktiviti pertanian turut jadikan aktiviti ekonomi di Kunak iaitu penanaman kelapa sawit.
 
Sebuah jeti terletak kira-kira 5 km dari bandar, di kawasan yang dinamakan Pengkalan Kunak. Satu jalan yang dibarisi oleh rumah kedai kayu menghala ke jeti dan pasar basah.
 
Pada tahun 2002, sebuah hospital kerajaan 76 katil telah dibina di bandar ini. Pada masa yang sama, sebuah lebuh raya baru yang menghubungkan Kunak ke bandar Semporna turut dibuka.

Seperti daerah lain, Kunak juga mempunyai beberapa tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh setiap pengunjung yang datang ke daerah ini. Antara tempat menarik yang ada di Kunak adalah seperti Gua madai, Air Terjun Madai, Tapak Sejarah Tingkayu, Mostyn dan Kolam Lumpur Binuang

Kunak juga dikatakan merupakan salah sebuah tempat atau tapak awal penempatan manusia purba iaitu di Sabah yang dianggarkan sejak lebih kurang 30 ribu tahun dahulu. Ini dibuktikan dengan penemuan beberapa artifak yang terdapat di kawasan Tingkayu Kunak.
 



No comments:

Post a Comment