Kenderaan tempur berperisai (armoured fighting vehicle atau AFV)
merupakan sejenis kenderaan tentera yang dilindungi oleh perisai dan
dilengkapi dengan senjata. AFV boleh terdiri daripada jenis beroda ataupun
berunut (tayar rantai besar).
Kenderaan tempur berperisai dikelaskan
mengikut peranannya di medan peperangan dan ciri-ciri. Pengelasan ini tidak
tetap; pada masa dan negara berlainan, kenderaan yang sama akan dikelaskan di
dalam peranan yang berbeza.
Sebagai contoh, pengangkut anggota
berperisai (APC) secara umumnya akan digantikan oleh kenderaan tempur
infantri (IFV) dalam peranan yang hampir sama, tetapi IFV kurang keupayaan
jika dibandingkan dengan APC. APC digunakan bertujuan untuk mengangkut anggota
infantri dengan pantas dan selamat ke tempat di mana mereka akan diatur gerak.
Kereta berperisai ketenteraan merupakan
sejenis kenderaan beroda berperisai, lebih ringan berbanding kenderaan
ketenteraan berperisai yang lain, dilengkapi dengan perisai dan/ atau senjata
pertahanan diri bagi melindungi krewnya. Kenderaan ketenteraan beroda berbilang
gandar yang lain boleh jadi agak besar dan sebenarnya lebih superior berbanding
beberapa kenderaan berunut yang lebih kecil dari segi perisai dan persenjataan.
Kenderaan tempur infantri (IFV) merupakan
sejenis pengangkut anggota berperisai yang mana membolehkan infantri untuk
berperang dari dalamnya, dan boleh memberi bantuan tembakan yang penting.
IFV moden merupakan sejenis pengangkut yang
dipersenjatai secukupnya dan membenarkan infantri di dalamnya bertempur dari
dalam. Berdasarkan persenjataan beratnya yang membolehkan IFV memberi bantuan
tembakan terus semasa serbuan, tapak tembakan membolehkan infantri untuk menembak
menggunakan senjata persendirian.
IFV juga biasanya dilengkapi dengan selaras
meriam automatik berkaliber 20mm atau lebih, dan kemungkinan dengan peluru
berpandu antikereta kebal. IFV juga biasanya dipasang dengan runut, akan tetapi
kenderaan jenis beroda mungkin terdapat di dalam kategori ini.
IFV yang dipasang khusus telah mengambil
alih beberapa peranan atau tugas kereta kebal ringan; ia digunakan di dalam
tugas-tugas pengawasan, dan IFV ringan boleh digunakan oleh unit-unit udara
yang mana harus mampu untuk bertempur tanpa kuasa tembak tinggi yang diberikan
oleh kereta kebal.
Gambar - Tarantula kenderaan tempur berperisai infantri buatan Malaysia
No comments:
Post a Comment