Friday 19 January 2018

CARA MUDAH PANJAT POKOK KELAPA

Takuk dibuat pada batang pokok kelapa untuk mudah memanjatnya. Takuk adala takik yang agak dalam pada batang pokok kelapa sebagai tempat berpijak semasa memanjat.

Membuat takuk atau dalam dialek Kelantan disebut takak dengan jarak antara satu kira-kira setengah meter membolehkan separuh tapak kaki bahagian luar berpijak.

Takuk dibina berselang seli kiri dan kanan di bahagian batang pokok. Ini memudahkan kaki di angkat ke atas berganti kiri dan kanan.

Kedalaman takuk biasanya antara lima hingga tujuh sentimeter. Takuk tidak boleh dibuat terlalu dalam untuk mengelak pokok jadi 'sakit'.

Takuk akan dibuat dari masa ke semasa mengikut peningkatan ketinggian pokok kelapa.

Takuk dibuat sehingga kiri-kira satu meter dari pelepah kelapa paling bawah. Jarak itu memudahkan untuk pemanjat naik ke pelepah jika perlu.

Bagaimanapun, kebanyakan pokok kelapa sekarang ini tidak lagi dibuat takuk kerana tidak ramai orang ingin memanjatnya. Sebaliknya, penggunaan khidmat beruk untuk memetik buah kelapa lebih banyak digunakan. Ia cara paling mudah dan selamat.

Selain itu, ada orang mampu memanjat pokok kelapa tanpa bantuan takuk. Jadi, bagi individu berkemahiran sedemikian tidak perlu buat takuk untuk memanjat kelapa. 

1 comment: