Sunday 11 February 2018

PESAN BAHASA ALAM CARA CAPAI IMPIAN HIDUP

Kalau ingin menangkap ayam,  
jangan dikejar nanti kita akan penat,
dan ayam pun makin menjauh.
berikanlah dia beras dan makanan,
nanti dengan mudah dia datang dengan rela.

Kalau ingin memelihara kupu-kupu,
jangan cuba tangkap kupu-kupu itu,
pasti dia akan terbang,
kalaupun ditangkap kupu-kupu,
sayapnya akan rosak.
Tetapi tanamlah bunga,
kupu-kupu akan datang sendiri,
membentangkan sayap-sayapnya yang indah,
datangnya bersama kawanan yang lain,
lebah,
pepatung.
dan lainnya,
menambah warna warni keindahan.​

Sama halnya dalam kehidupan di dunia ini,
​ketika kita menginginkan,​
kebahagiaan dan keberuntungan,
tanamkan kebaikan demi kebaikan,
kejujuran demi kejujuran,
pasti kebahagiaan dan keberuntungan,
datang tanpa diketahui bila,
cara mana dan berterusan,
kerana anugerah Allah tidak salah alamat.
Oleh kerana itu,
selagi kita masih diberi nafas,​
mari kita membangun taman-taman bunga kita, 
bunga kebajikan dan bunga kejujuran,
hilangkan dusta dan fitnah
eratkan persahabatan dan saling percaya,
insya Allah mendapat keberuntungan di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment