Friday 13 July 2018

HIDANG DAGING BABI KEPADA ORANG ISLAM

Apa sahaja isu babi perlu dipandang serius. Apatah lagi jika ia melibatkan secara langsung dengan orang Islam. Kes berlaku di Melaka apabila daging babi dihidangkan kepada penganut Islam oleh penganjur, bukti tidak sensitif bukan Islam terhadap orang Islam. Perkara ini sangat sensitif dan boleh mengundang kemarahan individu beragama Islam.

Semua tahu daging babi haram bagi orang Islam. Tetamu yang hadir bukannya dari satu bangsa saja, maka penganjur perlu peka dengan semua perkara ini. Sebenarnya sukar untuk mengenali daging babi dengan daging-daging lain, lebih-lebih lagi jika sudah dimasak. Cuba lihat gambar di atas, tentu ramai tidak menyedari bahawa daging itu adalah daging babi.

Orang Islam bukan sahaja dilarang makan daging babi secara langsung, bahkan jika daging lembu bercampur walaupun dengan sedikit daging babi, maka keseluruhan hidangan itu menjadi haram. Begitu, juga makanan pada asalnya halal dimakan oleh orang Islam akan menjadi haram jika peralatan memasak menggunakan bekas memamasak daging babi.  

Pihak swasta mahupun badan bukan kerajaan (NGO) perlu meningkatkan kesedaran dalam mengatur apa jua program yang dianjurkan, khususnya jika membabitkan masyarakat Islam dan bukan Islam.

Penganjur majlis harus lebih bertanggungjawab dan memainkan peranan dengan tidak menghidangkan bersama makanan halal dan tidak halal dalam apa jua program. Jika kehadiran orang Islam dalam peratusan kecil dan dalam program itu ingin dihidangkan makanan tidak halal untuk orang Islam, elok terus diumumkan bahawa makanan untuk orang Islam tidak dihidangkan. Tindakan itu lebih berhemah biarpun dianggap biadap.

Penyediaan dua menu halal dan haram, tidak menjamin orang Islam akan mendapat hanya hidangan halal. Ini kerana peralatan seperti pinggan dan sudu akan bercampur dengan yang lain. Melainkan jika penyediakan makanan itu diserahkan kepada orang Islam dan segala urusan termasuk menghidangkan juga dilakukan sepenuhnya oleh orang Islam.

No comments:

Post a Comment