Tuesday 10 July 2018

DURIAN MERAH TERKENAL DI SABAH

Satu jenis durian terkenal di Sabah ialah durian merah. Durian merah atau nama tempatannya di Sabah adalah marahang atau maraang. Durian marahang dipanggil durian merah disebabkan warna isinya berwarna merah. Rasa isinya tidaklah sama dengan jenis durian. Durian merah rasanya manis, lemak dan lemak manis. 

Biasanya pokok durian merah tumbuh meliar di hutan tebal di Sabah. Satu lagi keunikan buah durian merah ialah ianya tidak akan gugur seperti buah durian yang lain. Biasanya untuk mengambil buah durian merah kenalah memanjat pokoknya apabila buahnya dilihat sudah matang.

Kebiasaannya isi durian merah ini dimakan begitu sahaja atau dimasak bubur bersama nasi atau dibuat tempoyak serta rasanya memang unik, sedap dan lain dari yang lain.

Buah ini bermusim dan hanya berbuah sekali dalam setahun dan kebiasaan musimnya adalah pada bulan September hingga Oktober. Durian merah dipercayai berasal dari Kalimantan Indonesia yang kedudukannya satu pulau dengan Sabah. Jadi, tidak pelik jika pokok durian merah juga terdapat di Sabah.

Sebenarnya, buah durian merah semakin popular di Indonesia. Usaha mengklon dan membiak baka durian merah telah dilakukan oleh petani dan pihak berkuasa Indonesia. Satu kawasan yang terkenal dengan durian merah di Indonesia ialah Banyuwangi yang terletak di Pulau Jawa berhampiran dengan Pulau Bali.

No comments:

Post a Comment