Thursday 9 January 2020

MASJID MUKIM FELDA PERASU DAERAH CHIKU

Masjid Felda Perasu merupakan masjid terletak di Felda Perasu, Gua Musang. Masjid ini telah dibina pada tahun 1986 dan telah dirasmikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, selaku Ahli Parlimen Gua Musang, juga merangkap Menteri Perdagangan dan Industri pada ketika itu.

Masjid ini berbentuk segi empat tidak berkubah, dan tidak mempunyai menara. Terdapat ruang solat utama di bahagian dalam masjid ini.

Masjid Felda Perasu menjadi lokasi penduduk setempat mengadakan aktiviti agama, selain menjadi tempat solat Jumat dan jemaah lima kali sehari.

Berlatar belakang Gunung Rabong dan kawasan bukit bukau dengan dikelilingi kawasan ladang kelapa sawit, suasana di sekitar Masjid Felda Perasu memag damai dan indah.

Masjid Felda Perasu sering dijadikan lokasi persinggahan pendaki sebelum meneruskan pejalanan ke lokasi permulaan pendakian.

Kawasan tempat kenderaan yang luas memberi keselesaan untuk para pendaki berehat seketika serta membuat persiapan dan mendengar taklimat pendakian.

Felda Perasu termasuk dalam mukim Chiku. Kedudukannya agak di pedalaman, iaitu kira-kira 12 kilometer dari Jalan Kuala Krai-Gua Musang.

Gambar tahun 2024 yang banyak perbezaan setelah dilakukan kerja ubah suai meluaskan kawasan masjid untuk keselesaan jemaah. 

No comments:

Post a Comment