Friday 30 July 2021

CARA BETUL BERBEZA PENDAPAT DI MEDIA SOSIAL

Keperibadian adalah modal perniagaan yang sangat mahal harganya. Ia adalah nama baik yang menentukan siapakah kita di mata pelanggan.

Media sosial adalah alat yang amat berkesan bagi membina keperibadian kita yang positif.

Orang akan kenal kita melalui apa yang ditulis atau paparan video di media sosial.  Maka, itu berhati-hati apabila berkomunikasi media sosial.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah dalam menangai perbezaan pendapat.

Biarpun kita mempunyai fahaman dan pemikiran kita sendiri, kita menghormati fahaman dan pemikiran orang lain.

Kita bersikap toleransi kepada perbezaan pendapat, prinsip dan gaya hidup.

Sudah tentu ada pihak-pihak yang tidak setuju dengan idea dan pendirian kita.

Namun kita tidak respon dengan cara melawan dan menghentam pandangan mereka.

Jangan sekali-kali kita menuduh pandangan mereka itu bodoh, salah, ataupun sesat.

Apa yang perlu dilakukan ialah terangkan sahaja kelebihan pandangan kita. Penerangan itu menggunakan gaya bahasa yang baik, sopan, dan menghormati pandangan orang lain.

Elak sama sekali menulis atau mengucapkan kata-kata dengan nada menyindir, memerli, mengkritik, merendah-rendahkan, memperkecil, ataupun meremehkan idea dan pendapat orang lain.

Kalau kita mampu menulis dan mengucapkan kata-kata dengan baik, keperibadian kita semakin dihormati dan ‘nilai’ dalam dunia perniagaan semakin meningkat.

No comments:

Post a Comment