- Membaiki koordinasi dan keseimbangan tangan dan mata
Memanah melatih tangan anda untuk bekerjasama dengan mata ketika menjalankan
tugasan yang berbeza, iaitu menyasar dan melepaskan anak panah berdasarkan
input daripada mata anda.
Koordinasi atau keselarasan dapat ditingkatkan menerusi latihan yang berulang-ulang.
Keseimbangan juga adalah penting untuk berjaya dalam sukan memanah kerana badan
perlu tegap untuk mencari keseimbangan bagi membuat sasaran dan panahan.
Dari semasa ke semasa, sendi tulang tersebut akan menjadi lebih baik untuk
mengawal keseimbangan badan dan membantu panahan yang lebih tepat.
- Tangan dan jari menjadi lebih fleksibel
Kekuatan jari dan tangan akan semakin bertambah dalam sukan memanah.
Ia juga akan menjadi lebih fleksibel kerana mereka digunakan sepenuhnya untuk
membuat sasaran.
- Membina kekuatan
Lengan, tangan, sendi tulang, dada dan bahu kesemuanya digunakan dalam latihan
memanah yang betul.
Sama seperti mengangkat berat, ketegangan pada bahagian otot biasanya
dikekalkan untuk beberapa saat sebelum pemanah melepaskan tali busur untuk
menembak anak panah.
Dengan latihan yang berulang, perlakuan menyasar dan melepaskan anak panah boleh
membantu untuk pembentukan otot pada kumpulan tisu otot yang utama yang
majoritinya terletak di bahagian atas badan.
- Meningkatkan kesabaran
Latihan adalah penting untuk menimba kemahiran sesuatu perkara yang baharu.
Begitu juga bagi sukan memanah yang memerlukan latihan untuk membentuk kesabaran.
Ia adalah sukan yang memerlukan kesabaran yang tinggi kerana ia bukan tentang
kelajuan tetapi ianya soal ketepatan yang memerlukan latihan berterusan yang
pastinya memerlukan kesabaran.
- Meningkatkan tahap fokus
Pemanah perlu menghilangkan semua gangguan dan mengosongkan minda mereka serta
memberi tumpuan kepada sasaran mereka supaya panahan menjadi lebih konsisten.
Latihan daya fokus ketika latihan memanah boleh membantu dalam menghadapi
situasi yang bertekanan tinggi dan permasalahan kehidupan seharian.
- Terapi minda
Melepaskan anak panah dan melihat ia menepati sasaran boleh membantu untuk
melegakan tekanan.
Memberi fokus yang tinggi terhadap pembinaan kekuatan dan keyakinan boleh
menjadi keseluruhan pengalaman yang memuaskan dan menyenangkan.
No comments:
Post a Comment