
Kacang edamame atau lebih dikenali sebagai kacang bulu adalah baharu di kalangan usahawan agromakanan. Namun kini ia samakin dikenali kerana berpotensi menjadi 'kekayaan baharu' kerana permintaan yang sangat tinggi ketika ini.
Tanaman itu dikatakan berasal dari Jepun
dan ia sangat terkenal sebagai hidangan snek lazat yang terdapat di
restoran-restoran mewah negara matahari terbit itu, serta rangkaian kedai 24
jam (7-Eleven) kerana keunikan rasanya yang rangup dan berlemak.
Kacang edamame sangat mudah ditanam,
kerana ia tidak mempunyai rutin penjagaan yang rumit, malah kurang serangga
perosak yang menyerang tanaman itu membuatkan proses menanamnya sangat mudah.
Harga kacang edamame mentah di ladang
ketika ini ialah RM10 untuk satu kilogram dan mampu mencecah RM15 jika di
pasaran luar.
Usahawan
tani patut mengambil peluang menanam kacang edamame ini kerana hasilnya juga sama
lumayan seperti tanaman yang lain.
No comments:
Post a Comment