Kematian itu pasti bagi setiap yang hidup.
Kita sentiasa mendengar tentang berita kematian seseorang yang dikenali,
mahupun tidak dikenali. Islam menganjurkan agar sesiapa mengetahui tentang sesuatu kematian hadir solat jenazah dan
mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Banyak kelebihan melakukan amalan itu.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menghadiri solat jenazah sehingga ia disolatkan ke atasnya, maka baginya satu qirat. Sesiapa yang mengiringi jenazah sehingga ia dikebumikan, maka baginya dua qirat. Ditanyakan kepada Baginda SAW: ‘Apakah yang dimaksudkan dengan dua qirat? Baginda SAW menjawab: ‘Seperti dua gunung yang besar.’” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan solat jenazah maka dia akan mendapat pahala sebanyak satu qirat. Jika sekiranya dia menyaksikan pengebumian jenazah maka dia akan mendapat dua qirat, dan satu qirat itu ganjarannya sebesar bukit Uhud.” (Riwayat Muslim)
Menurut Syeikh Abdullah al-Bassam, hadis mengenai kelebihan solat jenazah dan juga kelebihan mengiringinya ke kubur telah diriwayatkan oleh seramai 12 orang sahabat.
Selain itu, hadis ini juga mengandungi kelebihan dan fadilat ke atas orang yang hadir menyaksikan dan mendirikan solat jenazah, mengiringinya, membawanya dan mengebumikannya di tanah perkuburannya; sebagai suatu bentuk pengakuan kepada janji Allah SWT dan mengharapkan ganjaran-Nya.
Tidak ada yang menghalang niat untuk menunaikan hak seorang Muslim dan menghiburkan ahli keluarganya, semua ini adalah termasuk dalam amalan soleh.
Kalau ketika hayat si mati, kita selalu dapat bersama-samanya, mengapa kita mempersia-siakan peluang untuk melakukan sesuatu kebaikan terhadapnya buat kali terakhir?
Berusahalah untuk hadir mensolatkan jenazah ahli keluarga, kenalan dan sesiapa juga yang kita tahu tentang masa dan tempat solat itu diadakan.
Kemudian berusahalah untuk mengiringi jenazah sehingga ke liang lahad. Hadir ke tanah perkuburan, akan menginsafkan kita bahawa di situ (tanah perkuburan) adalah kediaman kekal kita di atas muka bumi ini.

No comments:
Post a Comment