Wednesday 19 January 2022

LAUT MELAYU LETAK DI MANA?

 
Sebelum nama Selat Melaka yang digunakan secara meluas pada hari ini, nama asalnya ialah ‘Laut Melayu’.

Laut Melayu merangkumi Selat Melaka iaitu kawasan perairan antara pantai timur Sumatera, selatan Borneo dan utara Jawa sehingga perairan antara pantai timur Semenanjung hingga ke pantai barat Borneo.

Nama 'Laut Melayu' ini atau 'Sea of Malayu' muncul pada karya Ibn Khordadbeh, seorang ahli geografi dan birokrat Parsi yang ditulis pada abad ke-9 Masehi.

Manuel Godinho de Erédia, seorang penulis dan kartografer Portugis (sesetengah sumber menyatakan kacukan Melayu-Portugis) telah menulis sekitar 1613 Masehi tentang 'Malayo Sea/Malyo Sea/Malayu Sea', yang mana merujuk kepada perairan di antara Semenanjung dan Sumatera yang mana ini jelas merujuk kepada Selat Melaka pada hari ini.

Terdapat satu peta Eropah tahun 1821 Masehi yang mencatatkan tentang 'Malayan Sea' yakni perairan di antara pantai timur Semenanjung dan pantai barat Borneo itu yang hari ini dikenali sebagai Laut China Selatan.

No comments:

Post a Comment