Saturday 6 March 2021

IMPIAN JADIKAN MALAYSIA PENGELUAR ASET KETENTERAAN

Impian saya. Impian untuk Malaysia. Insya-Allah, kita menuju ke arah Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar aset ketenteraan.

Kementerian Pertahanan komited lahirkan banyak syarikat tempatan yang berjaya mengeluarkan aset ketenteraan tersendiri.

Setakat ini Malaysia sudah mengeluarkan peluru sendiri, kereta perisai, meriam besar, membina bot dan kapal.

Kita usaha dan fokus untuk jadikan Malaysia antara negara terulung sebagai pengeluar aset industri ketenteraan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Kanan (Keselamatan)
Menteri Pertahanan Malaysia

No comments:

Post a Comment