Tuesday 6 July 2021

RESIPI PAK CHOY SOS TIRAM

 
Pak choy atau bok choy (Brassica Chinensis) adalah sayuran sejenis sawi. Nama lain sayuran ini ialah sawi senduK kerana bahagian bawah seperti senduk. Nama lain ialah sawi manis, sawi daging fat choy dan fatt choy.

Kandungan khasiat sawi ini cukup bagus, yang paling banyak adalah Vitamin A dan juga Vitamin C. Selain itu sayuran ini mengandung banyak serat sehingga sangat baik untuk kesihatan.

Antara menu fat choy ialah goreng bersos tiram.

Bahan-bahan:-
- 1 ikat sayur Fatt Choy
- Air
- Minyak
- Garam
- 5 ulas bawang putih
- 1 sd besar Maggi Cukup Rasa
- 4 sudu besar sos tiram
Cara Memasak:-
- Didihkan air dalam kuali atau periuk. Letak sedikit garam dan 1 sudu kecil minyak masak.
- Celur fatt choy yang telah dibersihkan. (Jangan dipotong, cuma buang tampuk yang paling bawah sahaja). Celur selama 1-2 minit sahaja.
- Angkat dan toskan. Lalukan bawah air paip sekejap. Tapiskan dan susun di dalam mangkuk atau pinggan.
- Sementara itu, kupas dan cincang kasar 5 ulas bawang putih. Panaskan kuali. Biar api kecil sahaja. Letak sedikit minyak masak.
- Goreng bawang hingga kekuningan, angkat dan ketepikan.
- Tuangkan air anggaran 1/4 - 1/2 cawan dalam minyak yang digunakan untuk menggoreng bawang tadi. Kuatkan api. Letak secubit garam, sedikit Maggi Cukup Rasa dan sos tiram. Kacau rata dan biar mendidih. Tutup api.
- Tuang sos yang kita sudah masak tadi atas sayur tu. Sebelum hidang...tabur bawang putih goreng di atasnya.

Kredit: Fadli Hasham

No comments:

Post a Comment