Monday 22 July 2024

RUMAH TRADISIONAL DIUSUNG KE TAPAK BAHARU

 
Selepas hampir empat jam, sebuah rumah tradisional Melayu Perak berjaya diusung sejauh lebih 150 meter oleh kira-kira 150 orang di Kampung Labu Kubong, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak.

Rumah pusaka berukuran 8 X 6.7 meter seberat enam tan yang diperbuat daripada kayu cengal dan merbau berusia 80 tahun peninggalan seorang penduduk tempatan itu pada mulanya tidak terangkat walaupun seramai 110 orang cuba melakukannya. Tambahan tenaga terpaksa dicari sehingga mencapai 150 orang baharu mampu diusung.

Tradisi mengusung rumah untuk diletakkan di tapak baharu memang menjadi amalan masyarakat dahulu. Rumah yang diperbuat daripada kayu boleh dipindah tanpa dirombak sturuktur asal.

Credit: Owner

No comments:

Post a Comment