Mereka yang melakukan tugas mencari rezeki, belajar dan menghubungkan silaturahim juga dikira melakukan ibadat atau sesuatu yang mendatangkan pahala. Mereka melipatgandakan usaha dalam semua urusan kehidupan untuk mendapat balasan pahala berganda.
Sebab itu, pada bulan
Ramadan ini kita perlu lebih berhati-hati dan mengambil berat soal niat. Bagi
mereka yang bekerja, lakukan tugasan itu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh
agar apa yang dilakukan itu sempurna dari segi tanggungjawab, dan pada masa
yang sama mendapat ganjaran berlipat ganda di akhirat kelak.
Dengan kata lain, pada
bulan Ramadan bukan masa untuk lebih rehat dan bemalas-malas melakukan tugas
dengan alasan berpuasa dan tenaga kurang. Sebaliknya, pada Ramadan inilah masa
terbaik untuk kita melatih diri menjadi insan yang lebih baik dan komitmen
melakukan apa-apa tugas yang perlu dilakukan.
Melakukan kerja dengan
berhemah juga tanda ciri-ciri takwa. Orang yang takwa akan menanggap tugas yang
diamanahkan kepadanya adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan dengan
sebaik-baiknya. Dia mahu gaji atau upah yang diterima adalah bersih daripada
unsur-unsur curi tulang, malas atau tidak sempurna.
Ini kerana setiap apa
yang dilakukan di dunia ini akan disoal di akhirat nanti. Mereka yang mencuri
tulang ketika bekerja, sedangkan menerima gaji penuh, sebenarnya telah
melibatkan diri dengan perkara-perkara yang menyebabkan gaji yang diterima itu
bercampur unsur yang meragukan.
Sebab itu, orang
bertakwa akan sedaya mungkin melakukan tugas dengan terbaik. Memang kita tidak
sunyi daripada kelemahan dan kekurangan. Anggaplah perkara itu sebagai
kelemahan diri yang tidak disengajakan dan memohon keampunan dari Allah. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui tentang diri manusia yang banyak mempunyai kelemahan.
No comments:
Post a Comment