Wednesday, 4 November 2020

CARA TANAM KELADI HIASAN CALADIUM

Semakin banyak orang minat menanam keladi hiasan atau caladium. Kecantikan keladi caladium menjadi kegilaan ramai apabila tular pelbagai jenis dengan kepelbagaian bentuk, corak, dan warna daunnya yang sangat beragam.

Caladium secara tumbuh liar di hutan tropika. Lokasi tumbuhnya antara lain di pinggir sungai, di bawah pohon besar dan tempat-tempat berongga yang lembab.

Daun caladium ada yang berbentuk hati, bulat, panjang, seperti daun bambu, dan daun ganda. Sedangkan daunnya memiliki warna dasar merah, kuning, hijau, putih, emas, dan ungu.

Masing-masing warna memiliki variasi yang berbeza, seperti merah tua, merah terang, merah pudar, atau merah pucat. Di samping warna dasar, umumnya dalam satu daun caladium juga terdapat satu atau beberapa warna lain.

Warna daun caladium yang masih muda umumnya berbeza dengan caladium yang sudah dewasa. Corak daun caladium ada yang berupa titik, bulat, bergaris, atau bentuk yang tidak beraturan dengan jumlah dan ukuran yang bervariasi.

Caladium ditanam menggunakan ubi atau umbisi. Untuk menghasilkan banyak benih baharu, umbisinya boleh dibelah atau dikerat kecil. Setiap keratan itu perlu ada bahagian yang masih ada kulit yang akan menjadi bahagian mata tunas akan tumbuh dan seterusnya membesar.

Ukuran atau luas permukaan yang berkulit itu sekurang-kurangnya 2cm x 1cm.

Caladium boleh disemai atau ditanam di dalam pasu atau terus di atas tanah. Caladium memerlukan medium yang gembur dan subur untuk tumbesaran umbisinya.

Pada peringkat awal memerlukan penyiraman untuk membantu tunas atau anak benih tumbuh lebih cepat dan subur. 





No comments:

Post a Comment