Saturday, 21 August 2021

MAQASID SYARIAH MEMBAWA KEBAIKAN

Maqasid (matlamat atau tujuan) syariah. Bersesuaian dengan sifat syariah yang benar, lurus dan tepat, syariah Islam dilaksanakan bertujuan untuk membawa kebaikan dan menjauhkan keburukan.

Inilah fokus utama tujuan syariah. Apabila manusia menerima pakai syariah Islam sebagai dasar perundangan sama ada bagi menjelaskan hak dan tanggungjawab sesama mereka atau sebagai kaedah penyelesaian pertikaian di antara pihak yang bertikai, sudah pasti tujuan syariah ini akan dapat direalisasikan.

Kebaikan dan penghindaran daripada keburukan yang datang seiring dapat dilihat dan dimanifestasikan dalam sekurang-kurangnya lima tujuan syariah iaitu:

1. Memelihara agama. Merupakan perkara utama yang ditegaskan menurut susunan tujuan syariah. Islam datang untuk membebaskan minda dan kepercayaan manusia daripada belenggu khurafat, tahyul, kemunafikan dan kesyirikan.

Islam mengajak manusia beriman kepada Tuhan yang Satu dan Esa iaitu Allah SWT dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya serta menjauhi anasir-anasir syirik dengan menjelaskan pelbagai panduan unluk melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah al-lkhlas ayat 1-3 bermaksud: "Katakanlah wahai Muhammad, Allah itu Satu. Allah tempat tumpuan (meminta). Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang menyamai denganNya".

Pada masa yang sama, Allah SWT telah mensyariatkan dakwah dan jihad sebagai pendekatan yang afirmatif untuk kelangsungan pemeliharaan kesucian dan kepercayaan terhadap agama Islam.

Firman Allah SWT dalam Surah All Imran ayat 10 yang bermaksud: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan kamu beriman kepada Allah.".

2. Menjamin keselamatan nyawa. Syariah Islam juga datang untuk menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia. Justeru itu, Islam telah mewajibkan setiap individu untuk menjaga keselamatan diri masing-masing dan pada masa yang sama melarang keras perbuatan yang boieh mengancam keselamatan nyawa diri sendiri atau orang lain.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat 32 yang bermaksud: "Dan sesiapa yang memelihara kehidupan seseorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara manusia semuanya."

Firman Allah SWT lagi dalam Surah al-Anam ayat 151 yang bermaksud: "Danjanganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar.".

3. Menjamin kemurnian akal. Salah satu keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia dan tidak dianugerahkan kepada makhluk yang lain ialah akal dan kekuatan berfikir.

Melalui keistimewaan inilah manusia diberikan status sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi bersesuaian dengan ketentuan dan perintah Allah SWT. Melaluinya manusia dapat mengeksploitasi segala anugerah alam untuk kesejahteraan manusia.

Bersesuaian dengan tujuan ini dan agar akal dapat berfungsi dengan sewajamya, syariah Islam telah menegaskan mengenai kepentingan untuk menuntut dan menguasai ilmu pengetahuan.

Firman Allah SWT di dalam Surah al- Alaq ayat 1-2: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah mencipta. ".  Dalam Surah al-Mujadalah ayat 11, Allah SWT menegaskan: "Diangkat oleh Allah orang-orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilinu dengan beberapa darjat.".

Akal akan bertindakbalas melalui pelbagai ilmu yang dimiliki. Jika akal manusia tidak diisi dengan ilmu pengetahuan, ianya akan mengakibatkan kepada kelemahan kekuatan berfikir.

Jika ini terjadi, manusia akan mensia-siakan fungsi kemanusiaan dan kekhalifahannya. Kehidupan meraka akan menjadi rendah nilaianya dan kadangkala lebih hina daripada haiwan yang hanya hidup untuk rnakan, minum dan memuaskan hawa nafsu sahaja.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Arafayat ayat 179 yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah).”

Syariah Islam juga dalam usahanya menjamin kewarasan dan kekuatan berfikir telah mengharamkan sebarang bentuk perlakuan yang boleh untuk menjejaskan fungsi akal.

Lantaran itu Allah SWT mengharamkan arak dan sesuatu yang memabukkan. Firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat 90 bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, menyembah berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan, makajauhilah perbuatan-perbuatan itu.".

4. Menjaga maruah diri. Kemuliaan dan keperibadian seseorang amat penting dalam kehidupan setiap individu. la berkait rapat dengan kehormatan dan maruah diri.

Lantaran itulah syariah Islam amat mementingkan persoalan ini. Malah Islam sendiri, antaranya dibina di atas akhlak yang mulia.

Lihatlah kepada kesan kewajipan bersolat, berpuasa, mengeluarkan zakat, menunaikan ibadat haji dan lain-lain lagi. Semua ibadat ini jika ditunaikan dengan penuh ketertiban akan dapat membentuk ketinggian dan kemuliaan akhlak.

Pada masa yang sama, jika diperhatikan tegahan dan larangan Allah SAW ianya mempunyai tujuan yang satu iaitu untuk menghindarkan manusia daripada terjatuh ke lembah kehinaan.

Perhatikanlah kesan pengharaman zina, mengumpat, bercakap bohong, mencuri dan lain-lain lagi. Lantaran ituiah, Allah SWT telah mengharamkan perbuatan-perbuatan ini.

Misalnya, dalam soal pengharaman zina, Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Isra ayat 32 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati perbuatan zina, sesungguhnya ia adalah perbuatan keji dan jalan yang salah".

5. Menjamin pemilikan harta. Tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan yang sempuma bagi sesorang manusia juga amat berkait rapat dengan pemilikan dan penguasaan terhadap harta.

Menyedari hakikat inilah, syariah Islam telah menggariskan peraturan, hukum dan undang- undangnya yang tersendiri dalam soal kehartaan. lanya dibincangkan secara meluas di dalam displin dan bidangnya yang tersendiri yang dikenali sebagai Fiqh Muamalat.

Umumnya, bidang ini telah menggariskan prosedur-prosedur tertentu bermula sejak dari usaha untuk memiliki, menguasai dan membelanjakan sesuatu harta.

Syariah Islam menegaskan mengenai kepentingan untuk mencari kekayaan daripada nikmat dan anugerah Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud: "Dan carilah dengan apa yang dikumiakan oleh Allah kepada engkau untuk kebahagiaan Hari Akhirat dan janganlah engkau lupa akan bahagianmu di dunia.".

Pemilikan harta hendaklah diusahakan melalui cara dan pendekatan yang diharuskan. Dalam hal ini, misalnya syariah Islam telah mengharuskan jual beli dan telah mengharamkan riba.

No comments:

Post a Comment