Kampung Tanjung Kuala Sabak merupakan sebuah perkampungan tradisi yang terletak di muara
Sungai Pengkalan Datu, dalam Jajahan Kota Bharu. Majoriti penduduk di Kampung Tanjung Kuala Sabak bekerja sebagai nelayan.
Terletak
lebih kurang 15 km dari pusat bandar Kota Bharu dan hanya beberapa kilometer
dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Di
sini, segala aktiviti menangkap ikan adalah berunsurkan tradisional dengan
menggunakan perahu kolek berenjin galah, yang dihias cantik dengan pelbagai
corak dan ukiran yang menarik dan berwarna-warni.
Tradisi
mengukir dan mengecat badan bot dengan hiasan ukiran dan dicat warna warni
telah lama diamalkan nelayan di sini yang menjadi identiti mereka.
Sebenarnya,
majoriti penduduk di Kampung Tanjung Kuala Sabak adalah penduduk dari Kampung Pantai
Dasar, Pantai Sabak dan Pantai Kemaruk yang kediaman mereka rosak dihakis
ombak.
Penduduk
dipindahkan ke Kampung Tanjung Kuala Sabak sekitar tahun 1990 kerana adanya
kemudahan Sungai Pengkalan Datu yang membolehkan mereka meletakkan bot
masing-masing tidak jauh dari tempat tinggal.
Jadi,
mereka dapat meneruskan kerja menangkap ikan biarpun telah berpindah dari
kampung asal.
Para nelayan di sini akan mula turun ke laut pada awal pagi dan hanya akan
pulang menjelang petang dengan tangkapan masing-masing.
Kawasan
Pantai Nusuk adalah sebahagian daripada Kampung Tanjung Kuala Sabak.
No comments:
Post a Comment