Revolusi
polis trafik wanita dari sejak mula ditubuhkan Cawangan trafik dalam pasukan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula dengan penubuhan Cawangan Polis Wanita
pada Ogos 1955.
Kemudian
polis wanita telah melalui fasa revolusinya tersendiri. Sama ada melalui
penglibatan pegawai dan anggota polis trafik wanita dari segi penugasan
mengawal lalu lintas seawal tahun 1957.
Kemudian ia mula berubah secara berperingkat
apabila kebanyakan tugas oleh polis trafik lelaki kini turut dilaksanakan oleh
polis trafik wanita.
Dahulunya
tugas mereka dihadkan kepada tugas pejabat, tugas mengawal dan membantu pelajar
sekolah dan warga tua melintas jalan serta tugas kawalan lalu lintas bagi
membantu anggota polis trafik lelaki. Kini ianya telah berubah mengikut
peredaran zaman dan ketika.
Secara
rasminya, anggota polis wanita dalam cawangan polis trafik adalah pada 8
November 1973.
Pernah
menjadi sejarah apabila Ketua Trafik Pasukan pada tahun 2006 sehingga 2007 adalah seorang wanita. Beliau Senior Commisioner of Police II (SAC II) Datuk Nooryah Binti Md. Anvaar
telah dilantik memimpin Cawangan
Trafik yang merupakan salah satu cabang di bawah Jabatan Keselamatan Dalam
Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA).
Tugas
penyiasatan kes-kes kemalangan jalan raya sebagai pegawai penyiasat (IO) dan
penolong pegawai penyiasat (AIO), selain turut menjadi pegawai operasi
penguatkuasaan dan menjadi Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik
Daerah (KBSPTD) kini turut digalas oleh polis trafik wanita.
Sesungguhnya
tangan yang menghayun buaian itu, jangan disangka tidak boleh mengoncang dunia.
Polis trafik wanita kini adalah aset PDRM sepertimana ‘Berdiri sama tinggi,
duduk sama rendah’ dengan berpaksikan Panji Sang Saka Biru yang penuh keramat
ini.
No comments:
Post a Comment