Masalah bekalan beras berpunca negara tidak
mampu menyediakan sepenuhnya bekalan beras tempatan dan masih perlu mengimport
dari luar negara untuk memenuhi keperluan dalam negara.
Namun, apabila ada negara pengeksport beras
menghentikan eksport besar atas beberapa faktor, bekalan beras di dalam negara
kita akan berkurangan.
Jangan anggap pihak kerajaan dan jentera
kerajaan tidak cakna atau sekadar berdiam diri mengenai isu kekurangan bekalan
beras di pasaran negara ini.
Hakikatnya, pihak kerajaan sudah dan sedang
berusaha untuk memastikan bekalan beras di rumah rakyat tidak akan terputus,
memandangkan ia merupakan makanan ruji rakyat di negara kita.
Harus diingat bahawa beras putih tempatan
(BPT) adalah bahan kawalan pada harga RM26 bagi setiap 10 kilogram. manakala
harga beras putih import pula tidak dikenakan kawalan harga. Harga beras putih
import ditentukan harganya oleh pengedar berdasarkan kepada konsep permintaan
dan penawaran.
Malang sekali ada pihak tidak bertanggungjawab
yang cuba menukar kampit beras putih tempatan yang harganya dikawal kepada
kampit beras putih import di peringkat pengilang atau pemborong seperti yang
telah dikesan dalam beberapa operasi bersepadu pihak berkuasa.
Tujuan mereka bagi mendapatkan keuntungan
berganda atas keperitan yang dihadapi rakyat di bawah. Mereka yang melakukan
perbuatan tersebut sebenarnya hilang nilai integriti. Mereka "menangguk di
air keruh" sehingga menyebabkan rakyat menjadi mangsa.
Harga yang meningkat dan bekalan
berkurangan menjadikan rakyat “panik” dan marahkan kepada kerajaan. Keadaan ini
jika tidak dibendung boleh menimbulkan kekacauan di dalam negara.
Jadilah peniaga yang bertanggungjawab.
Jauhi sikap tamak dan memanipulasikan keadaan masalah bekalan beras.
Bekalan makanan untuk keselamatan negara
https://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/jhs.html
https://bicaramentari.blogspot.com/2018/10/jhs.html
No comments:
Post a Comment