Friday 11 June 2021

CARA GORENG BUAH DURIAN BELANDA

Siapa pernah makan buah durian belanda goreng? Kita sudah biasa dengan pisang goreng, cempedak goreng, keledek goreng, sukun goreng dan ubi kayu goreng.

Sebaliknya, jarang kita temui durian belanda goreng. Rupanya, durian belanda atau dalam dialek Kelantan dipanggil durian selat juga boleh digoreng.

Durian belanda yang ingin digoreng hendaklah buah yang belum masak penuh atau matang. Memang elok diambil ketika masih muda, kerana ada yang tidak suka makan buah durian belanda yang sudah masah.  

Kalau sudah ranum dan isinya lembut, sukarlah untuk digoreng. Namun, kalau hendak mencuba tidak salah. Hanya jadi lembik dan ‘makan minyak’ lah. Menjadi seperti pisang yang sudah ranum sepenuhnya. Lembik.

Durian belanda yang hendak digoreng dibuang kulitnya. Dipotong kecil-kecil mengikut ukuran bersesuaian. Dibuangkan juga bijinya. Kemudian dicelup tepung dan dimasukkan ke dalam minyak mendidih. Buat macam menggoreng pisang atau sukun sahaja.

Bila sudah masak, boleh diangkat dan dihidangkan untuk dimakan. Mudahkan? Selamat mencuba dan menikmati durian belanda goreng. 

No comments:

Post a Comment