Wednesday 6 October 2021

SEJARAH REVOLUSI POLIS TRAFIK WANITA

 
Revolusi polis trafik wanita dari sejak mula ditubuhkan Cawangan trafik dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula dengan penubuhan Cawangan Polis Wanita pada Ogos 1955.

Kemudian polis wanita telah melalui fasa revolusinya tersendiri. Sama ada melalui penglibatan pegawai dan anggota polis trafik wanita dari segi penugasan mengawal lalu lintas seawal tahun 1957.

Kemudian ia mula berubah secara berperingkat apabila kebanyakan tugas oleh polis trafik lelaki kini turut dilaksanakan oleh polis trafik wanita. 

Dahulunya tugas mereka dihadkan kepada tugas pejabat, tugas mengawal dan membantu pelajar sekolah dan warga tua melintas jalan serta tugas kawalan lalu lintas bagi membantu anggota polis trafik lelaki. Kini ianya telah berubah mengikut peredaran zaman dan ketika. 

Secara rasminya, anggota polis wanita dalam cawangan polis trafik adalah pada 8 November 1973. 

Pernah menjadi sejarah apabila Ketua Trafik Pasukan pada tahun 2006 sehingga 2007 adalah seorang wanita. Beliau Senior Commisioner of Police II (SAC II) Datuk Nooryah Binti Md. Anvaar telah dilantik memimpin Cawangan Trafik yang merupakan salah satu cabang di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA).

Tugas penyiasatan kes-kes kemalangan jalan raya sebagai pegawai penyiasat (IO) dan penolong pegawai penyiasat (AIO), selain turut menjadi pegawai operasi penguatkuasaan dan menjadi Ketua Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (KBSPTD) kini turut digalas oleh polis trafik wanita.

Sesungguhnya tangan yang menghayun buaian itu, jangan disangka tidak boleh mengoncang dunia. Polis trafik wanita kini adalah aset PDRM sepertimana ‘Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan berpaksikan Panji Sang Saka Biru yang penuh keramat ini.



No comments:

Post a Comment