Friday 21 June 2024

LEBUH RAYA KOTA BAHARU-KUALA KRAI

 
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 66.88 kilometer, menelan kos RM2.33 bilion dijangka siap sepenuhnya pada 2026.
 
Projek tersebut dibahagikan kepada tujuh pakej. Justeru, ia dapat disiap berdasarkan kepada pakej dan boleh digunakan secara berperingkat-peringkat.
 
Pakej 1B iaitu Pasir Hor ke Kadok dan Pakej 2A iaitu Kadok ke Ketereh sudah siap sepenuhnya dan telah digunakan.
 
Manakala lima pakej sedang dalam pembinaan. Pakej 2B iaitu Ketereh ke Kok Lanas masih dalam peringkat pembinaan.
 
Bagi pakej 3B iaitu dari Kampung Berangan Mek Nab ke Kampung Keruh ia dahulunya merupakan pakej Lebuh Raya Rakyat membabitkan 10 kilometer dan sudah diserahkan kepada kerajaan Persekutuan untuk disiapkan. Kerajaan pusat sudah bersetuju mengambil alih pembinaan namun tanpa hutang. Untuk melaksanakan projek asal Lebuh Raya Rakyat, kerajaan Kelantan berhutang sebanyak RM60 juta.
 
Bagi pakej 2C (Kok Lanas-Machang) dan 3A (Machang ke Bukit Tiu) dijangka siap pada Mac 2026.
 
Manakala bagi pakej 3C dari Kampung Keruh ke Kuala Krai pula dijangka siap pada Dis 2025.


Kredit pemilik asal gambar.

No comments:

Post a Comment