Thursday 22 August 2024

MASJID MUKIM PASIR TUMBOH, DAERAH BERTAM

 
Masjid Masjid Mukim Pasir Tumboh, Bertam merupakan antara musjid yang terletak jauh di pedalaman, di jajahan Gua Musang. Masjid ini digunakan penduduk untuk pelbagai aktiviti keagamaan, selain digunakan untuk sembahyang Jumaat dan sembahyang berjemaah lima waktu.
 
Kedudukan masjid ini di “tengah” kampung yang berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Pasir Tumboh.
 
Ketika banjir besar melanda Kelantan pada 2014, Kampung Pasir Tumboh antara kawasan yang teruk dilanda banjir. Ini kerana kedudukan kampung tersebut yang tidak jauh dari Sungai Nenggiri. Kesan limpahan air yang menenggelamkan dan memusnahkan puluhan buah rumah penduduk.
 
Tidak terkecuali mengalami kerosakan ialah Masjid Mukim Pasir Tumboh. Memandangkan kebanyakan penduduk sendiri mengalami masalah kerosakan rumah, maka mereka perlu menumpukan pembaikian rumah, biarpun pada masa yang sama berusaha untuk membaiki masjid.
 
Setelah banjir berlalu hampir enam bulan, Masjid Mukim Pasir Tumboh belum dibaiki sepenuh sehingga ia menjadi polimik apabila parti DAP yang ketika itu terurut terlibat melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu membaiki rumah penduduk menyatakan kesudian untuk terlibat sama membantu membaik pulih masjid tersebut.
 
Biarpun bukan bermaksud untuk menolak bantuan tersebut, peruntukan yang diperlukan untuk membaik pulih Masjid Mukim telah diperoleh melalui sumbangan peruntukan sebanyak RM50,000 dari Tabung Ihsan Pemulihan Masjid Banjir Kelantan di bawah inisiatif Biro Agama Badan Perhubungan Umno Kelantan. Turut terlibat membantu ialah daripada NGO Cakna UT.
 
Tabung ini diselenggarakan oleh Yadim dengan pemantauan sebuah Lembaga Pemegang Amanah. Setakat penghujung Mei 2014i, 268 masjid dan madrasah (98 masjid dan 170 madrasah) telah dibaik pulih melalui tabung ini dengan kos semua RM4.3 juta.
 
Sekarang ini, Masjid Mukim Pasir Tumboh menjadi nadi kepada perpaduan dan kemuafakatan penduduk di kawasan tersebut dalam melaksanakan tuntutan agama.

 

No comments:

Post a Comment