Tuesday 3 September 2024

KHAIRUL AMING DIKUNJUNGI PERDANA MENTERI NEW ZEALAND

 
Pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming mencuri tumpuan apabila dikunjungi Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon di sebuah restoran di ibu kota pada 3 September 2024.
.
Melalui video dimuat naik di Instagram (IG), Khairul memberitahu, pertemuannya bersama Luxon adalah sebagai tanda penghargaan dari pihak New Zealand untuk video percutian sambil memasak yang dihasilkannya di negara berkenaan.
 
Pada pertemuan itu, Khairul atau nama sebenar, Khairul Amin Kamarulzaman, 32, turut mengadakan perbincangan mengenai pertukaran pelancongan antara Malaysia dan New Zealand.
 
Pada masa sama, Khairul memberitahu, pertemuan itu dapat direalisasikan selepas membuat persiapan rapi dengan kedutaan New Zealand yang akhirnya membolehkan mereka bertemu.

No comments:

Post a Comment