Friday, 7 February 2020

KESAN BURUK TANGKAP IKAN SECARA TUBA

Menangkap ikan secara tuba dan arus elektrik. Perbuatan itu merupakan satu kesalahan mengikut peraturan atau undang-undang yang dikuatkuaskan mengikut negeri masing-masing. 

Setiap negeri di Malaysia mempunyai peraturan dan undang-undang berbeza berkaitan dengan perikanan darat. Bagaimanan secara asasnya perbezaan itu tidak banyak.

Penggunaan tuba dan arus elektrik menyebabkan ikan pelbagai saiz dan jenis mati. Jika dilakukan secara berterusan akan menyebabkan kepupusan hidupan air.

Justeru, perbuatan itu perlu dipandang serius dan dicegah. Cara menuba memang memang mendapat hasil yang mudah dan banyak setiap kali dilakukan. Namun, ia hanya satu cara untuk keuntungan jangka pendek.

Kerugian jangka panjang akibat perbuatan menuba dan menggunakan arus elektrik ditanggung semua pihak. Ekosistem sungai akan berubah dan rosak jika hidupan yang mendiami di dalamnya mati.

Kesedaran tentang keburukan amalan tuba dan menggunakan arus elektrik perlu ditanam dalam diri rakyat. Individu yang ingin melakukan perbuatan itu perlu insaf dan menghentikannya.

Manakala orang ramai pula jika mengetahui ada individu yang berdegil masih melakukan tuba dan menggunakan arus elektrik untuk menangkap ikan perlu dilaporkan kepada Jabatan Perikanan atau polis untuk menghalang perbuatan itu terus dilakukan.

Kerjasama masyarakat terutama penduduk kampung yang tinggal berhampiran sungai supaya segera melaporkan kepada Jabatan Perikanan jika mengesan kegiatan sedemikian dapat memelihara kehidupan marin di sungai-sungai seluruh negara.

No comments:

Post a Comment