Tedapat
satu nama durian yang agak jarang dikenali iaitu durian burung atau di setengah
tempat dipanggil durian aur. Nama lain durian hutan ini ialah durian dalit dan
durian daun. Di Negeri Sembilan dipanggil cemponek atau componek. Mungkin juga ada nama lain bagi durian hutan ini.
Pokok
durian daun boleh dianggap tumbuhan liar. Jarang orang menanam durian burung.
Buah
durian burung berbentuk bulat seperti bola dengan berat kurang dari 1 kilogram.
Warna buah tetap hijau dari muda sampai buah masak dan jatuh dari pohon.
Duri
pada durian burung lebih panjang dibandingkan durian biasa dan sedikit lembut
yang jika dipegang tidak terasanya kesan tajam dirinya.
Buah
durian burung mudah dikopek. Isi buah durian daun agak nipis dan bilangan ulas
biasanya satu atau dua ulas sahaja untuk satu pangsa.
Rasa
atau bau isi buah durian daun agak tengik atau maung. Bau menusuk sampai ke
kepala. Sebab itu tidak ramai suka makan durian daun. Sebab itu juga mengapa
orang tidak menanam durian daun.
Durian
burung bukan sahaja tidak disukai manusia, bahkan tupai juga tidak gemar durian
daun. Jadi, buah durian burung terselamat dari ancaman tupai.
Namun,
bagi orang yang sudah biasa makan durian daun, bau tengik tidak menjadi penghalang
untuk menikmatinya.
Maka,
tidak pelik ada orang lebih suka makan durian burung berbanding durian biasa.
Rasa durian burung dianggap istimewa lain dari yang lain.
No comments:
Post a Comment