Thursday, 23 December 2021

RADIKAL BEBAS ROSAKKAN SEL BADAN

 
Radikal bebas adalah molekul yang mengandung elektron yang tidak berpasangan. Molekul ini dapat menyumbang atau menerima elektron dari molekul lain. Hal ini membuat radikal bebas bersifat tidak stabil dan sangat reaktif.

Radikal bebas mampu menyerang berbagai molekul dalam tubuh sehingga menyebabkan kerosakan sel, protein, dan DNA, serta gangguan keseimbangan dalam tubuh.

Tubuh terdedah radikal bebas dari alam sekitar seperti radiasi, ozon, asap rokok, asap kendaraan, pencemaran udara, bahan kimia industri, makanan dan minuman.

Bahkan, aktiviti badan sendiri menghasilkan radikal bebas dari proses metabolisme penting dalam tubuh, dari berbagai tindak balas kimia yang terjadi di dalam tubuh. Seperti ketika tubuh mencerna makanan, bernafas, melakukan aktiviti berat dan sebagainya.

Radikal bebas yang hanya mempunyai satu elektron akan menarik elektron dari molekul dalam tubuh, sehingga molekul tersebut berubah menjadi radikal bebas juga. Hal ini membuat radikal bebas bertambah banyak dalam tubuh dan menyebabkan kerosakan sel.

Terlalu banyak radikal bebas dalam tubuh dapat membuat tubuh mengalami stres oksidatif. Stres oksidatif merupakan keadaan di mana jumlah radikal bebas dalam tubuh lebih banyak daripada pertahanan antioksidan yang dapat mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas.

Untuk mengatasi akibat buruk serangan radikal bebas, salah satu ialah dengan mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan.

Contoh makanan yang kaya antioksidan ialah sayur dan buah seperti tomato, brokoli, bayam, jeruk, kiwi, buah beri serta sayuran berwarna. Selain itu antioksidan juga diperoleh dari kacang dan teh hijau.

No comments:

Post a Comment