Islam
berkembang atas dasar ilmu dan maklumat yang diperoleh mengenai Islam. Orang
tidak tertarik kepada Islam jika mereka tidak kenal dan tahu mengenai
Islam.
Justeru, perkembangan institusi keilmuan di alam Melayu menjadi pemangking
kepada berkembangnya Islam di alam Melayu. Orang lebih tertarik kepada Islam
yang mementingkan keilmuan dan kehidupan lebih baik.
Islam amat mementingkan Ilmu. Maka
itu, peranan dan sumbangan institusi pendidikan Islam dalam melahirkan ulama
adalah sinonim.
Ulama dan cerdik pandai tidak lahir
dengan sendirinya, melainkan ada institusi ilmu yang menjadi tempat dan medan
untuk mereka menuntut ilmu.
Sememangnya di mana-mana tamadun
sekalipun, peranan institusi pendidikan amat penting untuk melahirkan modal
insan yang dapat menyumbangkan kepakaran dan ilmu dimiliki untuk kepentingan
agama bangsa.
Sekarang ini, di negara maju kita
dapati mempunyai pusat pengajian tinggi yang banyak dan peratusan besar
rakyatnya mendapat pendidikan tinggi.
Dalam semua keadaan, kita tidak
terlepas menghadapi cabaran. Ini tidak terkecuali berkaitan pendidikan masa
kini. Namum itu bukan kita sekadar berserah kepada takdir.
Ini sesuai dengan kata-kata bahawa
tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Apa yang penting ialah usaha
dengan pendekatan yang susuai untuk mengatasinya.
Sejarah
pendidikan awal Islam di alam Melayu bermula sejak awal kemasukan Islam yang
dibawa oleh pendakwah Islam pada awal kurun ke 11 Masihi.
Bukti awal kedatangan dan
penyebaran Islam di Nusantara bergantung kepada batu nisan dan bukti-bukti
lain yang bertaburan di rantau ini.
Contoh penting termasuk batu nisan
yang ditemui di Champa sekitar awal abad ke 11 Masihi, batu nisan di Gresik,
Jawa bertarikh akhir abad ke-11 Masihi dan Batu Bersurat bertarikh 1303 di
Terengganu.
Selain itu terdapat rekod penempatan orang Islam di Majapatih dan kumpulan
pedagang Islam di utara Tanah Melayu, serta pengislaman raja Pasai pada tahun
1282.
Mengikut
catatan sejarah, pada akhir abad ke-15, Islam sudah mengukuhkan kedudukan di
Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Tanah Jaya, Brunei dan Semenanjung
Indocina. Selain itu Islam juga telah bertapak di Maluku, Sulu dan Sulawisi.
Gambar: Batu Bersurat Terengganu
No comments:
Post a Comment