Bila baca tulisan analisa politik bersifat
berat sebelah kepada mana-mana parti politik maka penulisnya itu bukan seorang
penganalisis politik bersifat profesional tetapi seorang penganalisis politik
haprak.
Antara sifat seorang penganalisis haprak
ialah mengemukakan pandangan berdasarkan kepada "conjecture". Maksud
conjecture adalah cerita, laporan, berita atau kenyataan yang dibuat
berdasarkan sangkaan semata-mata.
Analisa dibuat tidak berasaskan kepada
fakta dan bukti. Pandangan dibuat semata-mata menjatuhkan parti yang tidak
disukai dan menaikkan parti disukai. Apa saja analisa dibuat tidak ubah apa
yang difikirkan oleh penyokong peringkat akar umbi parti yang kecanduan dengan
perjuangan parti.
Cerita analisa yang dibuat bersifat bohong
dan tidak melihat kepada kenyataan atau realiti. Apa yang dilakukan tidak
menepati cara kajian ilmiah yang memerlukan penelitian dan data-data diterima
dianalisa secara adil.
Hasil analisa dibuat penganalisis haprak
tidak mengambil kira soal kebenaran. Apa dilakukan hanya untuk menjatuhkan
pihak lain secara tidak bermaruah. Mereka tidak memikirkan soal larangan agama
yang menegah perbuata sangkaan dan prejudis yang tidak berasas.
Rasulullah SAW bersabda: “Awasailah kamu
dari sangkaan, kerana sangkaan itu sebohong-bohong cerita. Jangan kamu
mengintip, jangan kamu berebut-rebut, jangan kamu berhasad dengki, jangan kamu
bermusuh-musuhan dan jangan kamu berkelahi, malahan jadikanlah diri kamu
hamba Allah yang bersaudara.” (Hadis riwayat Muslim).
Ciri seorang penganalisis politik yang
haprak juga ia mengemukakan cerita atau perkara yang ia agak-agak berdasarkan
kepada persepinya sendiri yang berdasarkan kepada conjecture itu tadi.
Dia tidak mempedulikan amaran Allah
SWT. Firman Allah SWT: "Binasalah orang-orang yang sentiasa
mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja." (Surah
Adz-Dzaariyaat, ayat 10).
Satu sifat khusus penganalisis politik
haprak ia membesarkan akibat atau kesan daripada sesuatu kes politik yang
berlaku tetapi tidak mempedulikan apa punca dan sebab-sebabnya sesuatu kes itu
berlaku dengan cuba menutup apa punca dan sebab-sebabnya sesuatu kes atau
peristiwa itu terjadi.
Contohnya dakwaan yang mengatakan ceramah
Parti XYZ semakin sarat dengan cercaan, tetapi tidak pula dinyatakan apakah punca
dan sebab-sebabnya kenapa ceramah Parti XYZ semakin sarat dengan cercaan itu.
Kenapa disembunyikan apa punca dan
sebab-sebabnya kenapa ceramah Parti XYZ itu semakin sarat dengan cercaan
itu?
Kenapa tidak dibuat analisis apa punca dan
sebab-sebabnya hal seperti itu boleh pula berlaku?
Setiap aksi sudah pastilah ada reaksi.
Kenapakah diperbesra-besarkan reaksi yang berlaku tetapi melupakan bagaimana
akisi yang berlaku sebelum wujudnya reaksi terhadap aksi yang menyebabkan
wujudnya reaksi itu?
Lazimnya reaksi yang berlaku ada punca atau
sebab-sebabnya terjadi berdasarkan adanya prinsip "Bagaimana gendang
begitulah tarinya" atau "Buat baik dibalas baik", tetapi buat
jahat terimalah reaksinya yang sewajarnya pula.
Apabila melakukan kezaliman sudah pastilah
pihak yang dizalimi atau yang dianiayakan tidak berdiam diri tetapi reaksinya
bertindak sebagai "membela diri".
Firman Allah SWT: “Allah tidak suka kepada
perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk
mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan
(ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah
An-Nisa, ayat 148)
No comments:
Post a Comment