Ahli astronomi mengenal pasti sebuah planet baharu bersaiz
Bumi yang mengorbit bintang seakan Matahari kira-kira 146 tahun cahaya dari Bum.
Planet itu, dikenali sebagai HD 137010 b, dikesan
menggunakan data daripada misi K2 teleskop angkasa Kepler milik NASA yang
dikumpulkan pada 2017 dan dianalisis oleh pasukan antarabangsa diketuai
penyelidik Universiti Southern Queensland (USQ), Alexander Venner.
Penemuan itu diterbitkan dalam jurnal The Astrophysical
Journal Letters, 27 Jan 2026, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Menurut kajian berkenaan, planet itu dianggarkan kira-kira
enam peratus lebih besar daripada Bumi dan mempunyai tempoh orbit sekitar 355 hari.
Penyelidik berkata, planet itu mempunyai "kira-kira 50
peratus kemungkinan berada dalam zon boleh dihuni" bintangnya, walaupun
suhu permukaannya mungkin lebih hampir kepada Marikh dan berpotensi serendah
–70 darjah celsius (–94 darjah fahrenheit).

No comments:
Post a Comment