Perjudian diharamkan kerana ia lebih
banyak mendatangkan keburukan kepada manusia. Firman Allah bermaksud: “Mereka
bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah pada
kedua-duanya ada dosa besar (mudarat) dan ada pula beberapa manfaat bagi
manusia, tetapi dosa kedua-duanya adalah lebih besar daripada manfaatnya.” - (Surah
al-Baqarah, ayat 219).
Sebab itu perjudian dikatakan
perbuatan syaitan yang sentiasa melakukan usaha agar manusia mendapat keburukan
dan seterusnya berada bersama-samanya di dalam neraka nanti. Malah, syaitan
menjadikan pengaruh judi untuk mendatangkan banyak keburukan lain kepada
manusia.
Firman
Allah bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan
permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu
memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti (daripada melakukannya).” - (Surah
al-Maidah, ayat 91).
Permusuhan mudah tercetus di
kalangan kaki judi. Pihak yang menanggung kerugian sering memandang serong
kepada pihak yang menang. Banyak kemenangan biasanya diperolehi secara penipuan
dan mengambil kesempatan di atas kelemahan pihak lawan.
Biarpun ada pihak mendakwa perjudian
dikendalikan oleh syarikat berlesen adil dan terhindar penipuan, hakikatnya
keburukan sebenar perjudian masih ada.
Sebenarnaya tidak ada syarikat
pengendalian perjudian menanggung kerugian.
Sebaliknya, pelanggan perniagaan perjudian berterus-terusan menanggung
kerugian. Bilangan mereka mendapat keuntungan daripada perjudian amat sedikit
bilangannya. Itupun keuntungan yang diperolehi tidak memadai dengan jumlah yang
telah dihabiskan selama ini.
Nyatalah aktiviti perjudian
mendatangkan kerugian besar kepada individu kaki judi. Ketagih judi sukar
dihilangkan kecuali mereka yang benar-benar insaf keburukan judi dan takut
kepada pembalasan Allah.
Sekiranya mempunyai cita-cita ingin
memperolehi kekayaan (keuntungan) melaluinya, gunalah dengan cara yang halal.
Firman Allah pula bermaksud: “Wahai
orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang
batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di
antara kamu.” -(Surah an-Nisa, ayat 29).
Perhatikan di sekeliling kita,
golongan yang digelar jutawan atau kaya raya terdiri ahli perniagaan.
Sebaliknya, tiada seorangpun bergelar jutawan dengan berjudi sekalipun jumlah
hadiah bernilai sejuta. Yang jadi jutawan hanya taukeh judi atau penganjur
judi.
No comments:
Post a Comment